Wednesday, September 30, 2009

Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim














Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)kampus Shah Alam dan Persatuan Pembangunan Modal Insan (PMI), Unisel telah membuat program sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini dengan Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim. Jemputan utama kami adalah anak yatim dari pelajar Unisel sendiri dan turut diraikan bersama adalah anak2 yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih(RALK), Batu 3, Puchong. Permulaan majlis diatur dengan aktiviti memasak bubur lambuk dan turut mendapat kunjungan daripada Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Rosti Saruwono yang turut bersama mengacau bubur lambut. Pada tengah hari kami menerima tetamu anak2 yatim dari RALK pada pukul 3.30 petang. Mereka diserikan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur.Petang yang sejahtera, ketiban tetamu kehormat dr majlis tertinggi Unisel dan para penaja. Waktu berbuka telah pun masuk dengan laungan azan oleh saya sendri. Selesai makan dengan juadah ringan kami solat maghrib berjemaah yang di imam oleh imam surau Mawadah seksyen 7. Selepas itu juadah makanan berat dinikmati. Kami solat isyak berjemaah dan solat terawikh. Aktiviti seterusnya bacaan tadarus di ketuai Al-hafiz serta barisan saf pelajar2 Unisel yang telah menghidupkan majlis tadarus Al-quran. Majlis di akhiri dengan Solawat keatas baginda Rasulullah dan bersalaman.Semoga Allah memberkati majlis kami
Wassalam....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home