Tuesday, August 18, 2009

Minggu Tekad Siswa Intake 1/2009/2010


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera,

Selamat Datang, Ahlan Wasahlan Marhaban Bikum,
Welcome, Irashaimasu, Huan Yin...

To all new students intake 1/2009/2010.. Thanks to join us studying here in UNISEL.

8-13 August 2009 : Minggu Tekad Siswa

Pihak kami Majlis Perwakilan Pelajar amat berbesar hati menerima kehadiran semua
mahasiswa/i baru kerana menyambung pengajian di UNISEL dan sama-sama hadir ke Minggu Tekad Siswa, serta memberi kerjasama yang cukup baik pada semua fasilitator yang terlibat. Terima kasih kami ucapkan. Di sini pihak kami melampirkan gambar-gambar sepanjang MTS di BJ berlangsung.

Sepanjang 2 hari pendaftaran pelajar baru.
Dianggarkan seramai ~600 mahasiswa/i baru telah mendaftar di Kampus Bestari Jaya dan sekitar ~250 mahasiswa/i baru di kampus Shah Alam.

Sepanjang MTS berlangsung telah diadakan slot-slot rasmi seperti slot Pengenalan organisasi MTS, slot Pengenalan MPP UNISEL, slot penerangan bersama TNC, HEP, HEA, Finance, Loan, Kelab/Persatuan, dan sebagainya.

Turut diadakan slot bacaan ikrar mahasiswa/i baru menandakan mereka adalah sah menjadi mahasiswa/i UNISEL.

Pada 12hb telah diadakan slot 'Faculty Day' di mana para mahasiswa/i baru dibahagikan dan dibawa ke fakulti masing-masing untuk lebih mengenali para pensyarah, rakan sekuliah, kawasan kuliah, dan sebagainya dengan lebih lanjut.

Sepanjang MTS juga diadakan slot-slot aktiviti sesama mahasiswa/i dengan bimbingan para fasilitator. Di hari terakhir juga aktiviti 'ExploreSiswa' diadakan di sekitar kawasan UNISEL. Kebanyakan mahasiswa/i dan para fasilitator memberikan kerjasama yang terbaik dan bergembira bersama dalam mengikuti semua aktiviti yang dijalankan. Tahniah dan terima kasih diucapkan. :)
3 gambar seterusnya adalah semasa Malam Tekad Siswa dijalankan. Malam tersebut adalah bertemakan 'MultiCultural' dan semua mahasiswa/i memakai pakaian kebudayaan masing-masing.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah wakil-wakil dari HEP, dan turut sama adalah ayahanda TNC.

Persembahan-persembahan pada malam tersebut adalah daripa mahasiswa/i baru, dari fasilitator, dari wakil MPP dsb. Kemeriahan sangat dirasakan walau masing-masing dalam keadaan penat.

Persembahan pada Malam Tekad Siswa tersebut adalah merangkumi deklamasi sajak, persembahan mahasiswa/i baru, nyanyian dari fasilitator, tepuk FMTS khas buat mahasiswa/i baru, penyampaian hadiah, sesi perpisahan dan bersalaman dsb.

Semoga sentiasa ingat-mengingati, moga ikatan ukhuwwah ini berpanjangan.
Di sini juga kami pihak MPP dan mewakili semua fasilitator memohon ampun dan maaf andai ada salah silap yang terlanjur dan yang terlebih terkurang.
Yang baik itu datang dari-Nya dan yang salah itu dari kita semua.

Salam kasih sayang dari kami kepada semua mahasiswa/i baru Universiti Industri Selangor intake 1/09/10. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan.

Labels:

1 Comments:

At August 30, 2009 at 1:10 AM , Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum dan selamat sejahtera utk semua fasilitator MTS dan MPP members..
sebagai pelajar baru unisel..
sy nk mgucapkan syabas dan terima kasih atas bimbingan dan nasihat semasa MTS dijalankan..
sejujurnya sy dan rakan2 amat terhibur and we do have a great time.. bagi kami semua fasi walaupun garang tp korg semua okey dan a great person.. so thanks a lot utk MTS.. and sy dan rakan2 mendoakan agar abg2 dan kakak2 fasi berjaya di masa akan datang.. amin.. THANKS AGAIN!!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home