Wednesday, March 17, 2010

PERUTUSAN PEMBUBARAN MPP DARI MEJA YDP MPP 09/10


Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera…

1 Mac 2010, tarikh yang dipilih oleh pihak pentadbiran universiti bagi pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 setelah genap satu tahun MPP 0910 berkhidmat kepada mahasiswa/I unisel. Secara langsung ia akan membuka kepada satu pilihanraya kampus yang ke3 bagi pemilihan pimpinan mahasiswa yang baru untuk sesi 2010/2011 dalam masa yang terdekat.

Alhamdulillah, ia merupakan satu jangka masa yang amat bermakna kepada 28 ahli majlis yang mana telah berkhidmat sebaiknya kepada mahasiswa/I unisel. Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang telah diterima dan akhirnya perjuangan MPP 0910 kini telah berakhir.

Saya mewakili MPP 0910 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu mematangkan dan mempermudahkan urusan kami sepanjang perjuangan kami memperjuangkan hak mahasiswa/i unisel. Ucapan terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan universiti terutama Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Prof Madya Hj Zainal Abidin bin Kidam, Staf2 Universiti, Pihak JanaNiaga, Cafeteria Unisel dan yang paling bermakna seluruh mahasiswa/i unisel.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat perjuangan ahli keluarga MPP 0910, kalian semua telah melalui satu peringkat dan pengalaman yang amat berharga serta sukar untuk dicari dimana-mana. Perjuangan kalian memperjuangkan hak-hak sahabat kita di unisel ini merupakan satu cabaran yang amat bernilai dan hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya kerana hanya Dia yang tahu niat perjuangan kita semua. Perlu kita ingat, biarpun MPP 0910 telah dibubarkan, tetapi semangat dan perjuangan perlu kita kekalkan, bantulah sahabat-sahabat mahasiswa/i unisel selagi kita terdaya. Perjuangan perlu diteruskan!

Pada pemilihan yang akan datang, kami mengharapkan satu perubahan akan berlaku pada mahasiswa/i unisel, iaitu perubahan terhadap budaya cintakan perjuangan dan semangat untuk memperkasakan hak-hak mahasiswa/i unisel. Ambillah peluang untuk bangunkan diri sendiri, bangunkan sahabat-sahabat dan juga untuk bangunkan institusi. Kita tidak mahu pimpinan yang akan datang hanya pentingkan diri sendiri, mahupun terlalu drastik terhadap kepentingan mahasiswa semata-mata tanpa menggira baik mahupun buruk hasil tindakan yang dilakukan.

Perutusan yang terakhir ini juga saya tujukan kepada pimpinan yang akan datang supaya pimpinan yang akan datang terus membawa aspirasi dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan lepas agar kita mempunyai kesinambungan dan persamaan didalam perjuangan. Kami bekalkan kepada pimpinan akan datang modul pimpinan yang diguna oleh kami selama satu tahun perjuangan kami. Pimpinan akan datang haruslah mempunyai prinsip yang jelas dan nyata supaya matlamat perjuangan tidak lari iaitu berjuang untuk mahasiswa/i unisel serta unisel itu sendiri.

Akhir kalam, saya mewakili MPP 0910 ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan dan kelemahan sepanjang tempoh perjuangan kami, jika terdapat janji kami yang belum ditunaikan dan program kami yang belum berlangsung kami akan cuba usahakan selagi kami ada dan insyaAllah pimpinan akan datang bakal menyambung perjuangan kami MPP 0910. Doakan yang terbaik untuk pimpinan akan datang dan semoga perjuangan mahasiswa/i unisel terus dibawa.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Universiti Industri Selangor (UNISEL)





Labels: ,

Wednesday, March 3, 2010

Program-program Terakhir MPP BJ 09/10

Sepanjang bulan Mac 2010, mantan MPP 2009/2010 akan tetap menjalankan program-program yang telah dirangka dari awal. Diharapkan mahasiswa/i dapat memberikan sokongan terakhir kepada kami pucuk pimpinan MPP 2009/2010. Berikut adalah butiran program :

PROGRAM 1 : Let's Speak Out 2010

* sebuah program bertemakan "Stand Your Rights" yang memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berucap di 'Speaker Corner' tentang sebarang topik terhangat masa kini sama ada di dalam atau di luar kampus. "

Tarikh : 3,10 dan 17 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 8.malam - 11.00 malam
Tempat : Courtyard PKP, di sebelah Cafe Utama


PROGRAM 2 : Bengkel ICT Keusahawanan (Exco 3K)

* sebuah bengkel keusahawanan bidang ICT dan merupakan program siri terakhir anjuran MPP sesi 2009/2010 dengan kerjasama Kelab PERMATA PKNS.

Tarikh : 6 dan 7 Mac 2010
Masa : 8.30pagi - 5ptg
Tempat : Makmal FITM UNISEL


PROGRAM 3 : PC Fair dan Bazaar Jualan (Exco 3K)

* pelbagai promosi menarik dan jualan akan diadakan. Jom beramai-ramai ke sana...!

Tarikh : 9,10,11 Mac 2010
Masa : 10 pagi - 11 malam
Tempat : Dewan Biru dan parking dalam kawasan PKP


PROGRAM 4 : Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Cegah Jenayah bersama PDRM (Exco P&P)

* sebuah kempen sehari bersama PDRM yang akan memberi panduan tentang keselamatan di jalan raya dan bagaimana untuk mencegah jenayah dari berlaku kepada diri anda..

Tarikh : 16 Mac 2010
Tempat : Dewan Biru PKP UNISEL BJ


Sekian sahaja. Semua dijemput hadir.. (^~^)

Labels:

MPP 2009/2010 : Pembubaran -> Perjuangan perlu diteruskan..

1 Mac 2010 - Genap setahun pimpinan MPP Sesi 09/10 berjuang, kini tibalah masa untuk pimpinan baru mengatur langkah. Justeru itu, pihak UNISEL telah melakukan pembubaran ke atas kabinet MPP 09/10. Perkara ini sedikit sebanyak tidak mematahkan semangat sebilangan MPP yang ingin menyelesaikan apa yang telah dimulakan sementara barisan MPP baru menerajui pimpinan untuk sesi seterusnya. Sepanjang bulan Mac ini akan berlaku proses-proses perlantikan MPP baru termasuk pilihanraya kampus. Bagi pihak kami sebagai mantan MPP, kami juga akan tetap melaksanakan program-program terakhir. Sehubungan dengan itu, pihak HEP telah mengeluarkan memo berkaitan perlantikan MPP seterusnya. Kepada semua mahasiswa/i UNISEL yang berminat dan memenuhi syarat untuk menerajui barisan MPP seterusnya, diminta mengisi borang pencalonan di pejabat HEP UNISEL. Pihak kami bersedia memberi panduan dan sokongan untuk pimpinan seterusnya. Sekian, terima kasih. :)

Labels:

Saturday, February 6, 2010

Program : Forum Terbuka

Program "Forum Terbuka" merupakan program berbentuk forum yang membincangkan perkara-perkara yang berbangkit didalam universiti khususnya.Idea ini muncul setelah timbul persoalan tentang isu dalaman universiti..Bagi meredakan suasana/Keadaan kami Majlis Perwakilan Pelajar mengambil inisiatif untuk mengadakan Forum terbuka bagi menjelaskan perkara sebenar kepada keseluruhan mahasiswa/i unisel amnya dan mahasiswa/i FOB khususnya.

---

Tajuk Forum :

"Wajarkah Fakulti Perniagaan (FP) dipindahkan ke Kampus Shah Alam"

Moderator : En. Hamdan b. dato Mohd Salleh (Pensyarah FSSPI)

Antara Panel : Timbalan Dekan FP, Wakil PERMAP FP, Wakil HEP.

Tarikh : 10 Februari 2010 (Rabu) kali-1

Tempat : Dewan Biru, PKP UNISEL BJ

Masa : 8 malam - 10 malam

-------------

Anjuran :

Majlis Perwakilan Pelajar

Sesi 2009 / 2010

Kerjasama :

Hal Ehwal Pelajar UNISEL

Wednesday, February 3, 2010

Pembetulan Program : Let's Speak Out 2010

Program "Let's Speak Out 2010" merupakan program berbentuk pidato yang berbentuk pengucapan awam yang menyentuh perkara seperti isu-isu semasa di dalam dan di luar kampus serta segala permasalahan dari pengajian tinggi dan yang berkaitan.Adalah diigatkan bahawa menyentuh perkara yang tertakluk dibawah perlembagaan MALAYSIA dilarang sama sekali dan jika berlaku adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri. Ia merupakan satu usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran kepimpinan, motivasi serta kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab pelajar terhadap masa depan mahasiswa, agama dan negara. Ini merupakan program yang bersiri (setiap rabu) yang mendedahkan ilmu-ilmu pengetahuan secara menyeluruh melalui pengucapan secara terbuka.

Tarikh : 03 Mac 2010 (Rabu) kali-1

Tempat : Courtyard, Kantin Utama UNISEL BJ

Masa : 8 malam - 10 malam

-------------

Anjuran :

Majlis Perwakilan Pelajar

Sesi 2009 / 2010

Kerjasama :

Hal Ehwal Pelajar UNISEL

Labels:

Lawatan Keusahanan Kelab PERMATA PKNS

Lawatan Keusahawan Bidang Peruncitan
Tarikh : 6hb Feb 2010
Tempat : Klang - Kuang
Peserta : 40 yang telah berdaftar
Lawatan Keusahawanan Penternakan Arnab
Tarikh : 7hb Feb 2010
Tempat : Selayang - Sungai Buloh
Peserta : 40 yang telah berdaftar
Sijil, pengangkutan, dan makanan disediakan.
Anjuran :
Exco KEK / 3K MPP
Kerjasama;
Kelab PERMATA PKNS

Labels:

Ponggal Festive 2010

PONGGAL FESTIVE 2010
Tarikh : 6 Februari 2010
Tempat : Dewan Utama UNISEL BJ
Masa : 9am - 6pm
Dress Code : Cultural Attire
Anjuran dengan kerjasama;
Indian Cultural & Language Society (ICLS) dan HEP UNISEL

Labels:

Siri Syarahan Umum 2010

Munshi Abdullah
dirasmikan oleh ;
Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Dato' Menteri Besar Selangor
Majlis Pelancaran : 4 Feb 2010, 8 malam di Dewan Utama UNISEL BJ
Antara panel : Dato' Seri Anwar Ibrahim
"...jualkan manikam, belikan ilmu.."
..Semua Dijemput Hadir..!!~
Dianjurkan dengan kerjasama oleh ;
UNISEL, Sekretariat Belia Negeri Selangor dan GEN-S Selangor

Labels: ,

Saturday, January 30, 2010

MPP bersama Mahasiswa/ baru Tahun Asas

Pada 29 Januari 2010 bertempat di Perpustakaan UNISEL kampus BJ, telah diadakan serba sedikit penerangan MPP bersama Mahasiswa/i baru pengajian Tahun Asas yang baru sahaja berdaftar. Sejumlah ~50 orang pelajar telah diraikan pada petang tersebut. Selamat datang diucapkan kepada semua dan tahniah kerana memilih UNISEL untuk meneruskan pengajian.

Labels:

Penyerahan Amanat Perpindahan Fakulti

29 Januari 2010 : Program Sepetang Bersama Presiden (Naib Canselor) telah diadakan di Dewan Utama UNISEL . Antara agenda program tersebut adalah penyerahan amanat bahawasanya Fakulti Perniagaan akan berpindah ke kampus satelit UNISEL Shah Alam. Atas dasar penyerahan amanat oleh NC, maka bermula semester hadapan, para pelajar Fakulti Perniagaan akan memulakan pengajian semester seterusnya di UNISEL kampus Shah Alam. Sekian.

Labels: ,

Friday, January 29, 2010

Sekitar Minggu Tekad Siswa UNISEL BJ Sesi Januari 2010

MINGGU TEKAD SISWA adalah sebuah program yang dianjurkan khas bagi meraikan semua mahasiswa/I baru UNISEL. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, UNISEL. Di MTS, para mahasiswa/I baru akan mendapat pelbagai maklumat mengenai universiti dan proses pembelajaran yang bakal dilalui. Semoga semua mahasiswa/I baru akan berasa seronok menjalani program ini. Jadikan pahit dan manis sepanjang MTS berlangsung sebagai suatu kelebihan untuk menjalin silaturahim sesama kita dan untuk lebih mengenali alam pembelajaran di universiti. Tahniah kerana telah menjadi warga UNISEL (^~^).

-------------------------------------------------

Pada 9 Januari sehingga 13 Januari 2010, program MTS bagi sesi Januari 2010 telah diadakan secara rasminya. Di kampus Bestari Jaya, sejumlah ~600 pelajar baru telah diraikan. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah berlaku dan dikongsi bersama. Seramai ~70 orang fasilitator yang telah dipilih telah bekerjasama dengan ahli MPP untuk menjayakan MTS tersebut. Pelbagai penerangan dan aktiviti telah diadakan sepanjang MTS ini. Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPPUNISEL dan laman facebook para fasilitator. Sebagai info tambahan, MTS kali ini adalah MTS ketiga anjuran MPP sesi kali ini dan merupakan MTS terakhir kendalian kami. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran MTS kali ini secara khasnya di kampus BJ. Sekian. :)

Labels: ,

Friday, January 22, 2010

Seminar Motivasi Keusahawanan

Exco Keusahawanan, Ekonomi & Kerjaya akan menganjurkan Seminar Motivasi Keusahawanan bertajuk "Bagaimana Nak Menjadi Usahawan Yang Berjaya?". Berikut adalah butiran program;

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Lecture Theater (LT-FSP)
Pakaian : Semi-Formal
Bayaran : PERCUMA (termasuk makanan dan sijil)

Kepada yang berminat sila hubungi (beri nama, no ic). Tempat adalah terhad...

Basyirah bt Mohd Daud : 019-5930696

Labels:

Program Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Negeri Selangor

Antara program-program yang dijalankan adalah seperti berikut :

Forum Perdana Hal Ehwal Islam
"Hebatnya Hidup Berlandaskan Islam"
22 Januari 2010 (Jumaat)
8.30 Malam

Pertandingan Bahas Hijrah
Sekolah Menengah di Negeri Selangor
23 Januari 2010 (Sabtu)
8.30 Pagi

Festival Nasyid
Peringkat Negeri Selangor
23 Januari 2010 (Sabtu)
2.00 Petang

Tempat:
Dewan Utama
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Bestari Jaya Kuala Selangor

"Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir..!"

Penganjur bersama;
UNISEL & JAIS

Dengan kerjasama :
Lembaga Zakat Selangor

Labels:

Friday, January 15, 2010

Penyerahan Resolusi Hasil GT MPP 09

Pada tarikh 29-30 Disember 2009, antara agenda GT (Gerak Terakhir) MPP UNISEL adalah utk menghasilkan resolusi kepada seluruh pentadbiran di UNISEL. Jadi berikut adalah antara resolusi yang telah diserahkan dan kini dalam proses mendapatkan reaksi positif dari pihak-pihak berkenaan ;

Senarai penyerahan resolusi kepada pentadbiran :

1. Fakulti Industri Teknologi Maklumat
2. Fakulti Pendidikan dan Pengajian Bahasa
3. Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri
4. Fakulti Kejuruteraan
5. Fakulti Aplikasi Sains Gunaan dan Matematik
6. Fakulti Perniagaan
7. Kafe Utama UNISEL
8. Unit Keselamatan UNISEL
9. Unit Bendahari UNISEL
10. Unit HEP UNISEL
11. Unit Konvokesyen UNISEL
12. Unit Perpustakaan UNISEL
13. Institut Pengajian Industri Sukan (IPIS) UNISEL
14. Residen Jana Niaga Sdn. Bhd.
15. Unit Kaunseling UNISEL
16. Unit HEA UNISEL
17. Unit Rekod UNISEL
18. Unit Peperiksaan UNISEL
19. Unit Pemasaran UNISEL

.... (akn diupdate)

Labels:

Tuesday, January 12, 2010

UPDATED: ISU Perubahan Kadar Bayaran Yuran

PERBINCANGAN II & III
ISU KENAIKAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN
CATATAN MINIT DRPD YDP MPP
12 JAN 10/1.00PM (SELASA)

PERBINCANGAN II
Bertempat di Pejabat Bendahari Shah Alam
11 JAN 10: 10AM (ISNIN)

SESI 1 (10AM – 1030AM)
Setelah bantahan rasmi disuarakan MPP terhadap perubahan kadar bayaran yuran pendaftaran dan perbincangan pertama berlangsung pada hari Sabtu (9 JAN 10), hari ini beberapa wakil MPP yang dipimpin saya telah mengadakan perbincangan kedua di pejabat Puan Bendahari di unisel Shah Alam.

MPP sekali lagi mengemukakan sebab-sebab ketidakwajaran diatas perubahan kadar bayaran yuran pendaftaran dan tetap menyatakan bantahan terhadap perubahan ini.

Setelah MPP membentangkan sebab-sebab bantahan terakhir, maka sekali lagi Puan Bendahari menyatakan pertimbangan dari semua pihak pengurusan diperlukan terutama Dato’ Naib Cancelor sebelum keputusan akhir dibuat setelah meneliti sebab bantahan dari MPP.

Oleh itu, kami menunggu keputusan sementara perbincangan antara Puan Bendahari dan Pihak Pengurusan berlangsung.

SESI2 (130PM – 2PM)
Perbincangan ke2 diteruskan dan kami mendapat kata balas yang baik dari Puan Bendahari tetapi malangnya keputusan tidak dapat diputuskan hari ini memandangkan Dato’ Naib Cancelor bercuti hari ini.

MPP diberi jaminan bahawa keputusan akan diputuskan esok iaitu hari SELASA.

PERBINCANGAN III
Dewan Utama UNISEL BJ
12 JAN 11: 10AM (SELASA)

Setelah menunggu hampir sejam perbincangan antara pihak pentadbiran dan akhirnya keputusan dimaklumkan secara lisan oleh Puan Bendahari bahawa PERUBAHAN KADAR BAYARAN YURAN DIBATALKAN. Dengan itu, mahasiswa/I mendaftar dengan bayaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM 230 atau RM 250 dan bayaran hostel RM 800 atau RM 600 (bagi yang telah membayar deposit RM200)

MPP mengharapkan keputusan ini mampu untuk memberi sepenuh penjelasan terhadap usaha yang telah dibangkitkan oleh MPP. Kenyataan bertulis daripada pihak bendahari akan menyusul samada hari ini ataupun esok.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 20092010
Universiti Industri Selangor