Tuesday, August 18, 2009

Memorandum MPP Terhadap Pengurusan Residen (Jana Niaga)


18 Ogos 2009 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL kampus Bestari Jaya telah berjuang menuntut hak para mahasiswa/i dari sudut residen kediaman. Kita sedia maklum bahawa residen utama di kampus BJ adalah di bawah kelolaan syarikat JanaNiaga Sdn Bhd dgn kerjasam Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL. Masalah dari semasa ke semasa telah timbul sekian lama dan masalah semakin memuncak bermula semester ini yang mana didapati prosedur penginapan semakin rumit dan membebankan mahasiswa/i. Hari ini MPP telah duduk berbincang dengan pengurus Jana Niaga dan menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan. Maklumat memorandum adalah seperti berikut :

5 tuntutan Mahasiswa/i UNISEL terhadap Jana Niaga Sdn. Bhd.

1. Prosedur Penukaran Bilik Dipermudahkan

Mahasiswa/I sepatutnya dilayan seperti pelanggan kepada Jana Niaga. Mereka membayar sewa dan sepatutnya mendapat servis terbaik. MPP menuntut mahasiswa/I dibenarkan menukar bilik tanpa syarat bukan perlu melalui prosedur ketat yang menyusahkan.

2. Clearance dimansuhkan

Clearance dimansuhkan terutamanya kepada mahasiswa/I yang masih lagi mempunyai kontrak tinggal di asrama. Clearance hanya perlu dilakukan oleh mahasiswa/I yang sudah tamat kontrak tetapi masih lagi memohon untuk tinggal di asrama. Bagi memudahkan urusan pendaftaran mahasiswa/I baru hanya kluster tertentu sahaja dikosongkan dan perlu melakukan clearance bukan setiap kluster seperti yang dipraktikkan sekarang yang nyata membebankan mahasiswa/i.

3. Mansuhkan denda yang tidak munasabah

MPP difahamkan Jana Niaga dibayar sekitar RM 400k hingga RM500k sebulan bagi urusan penyelenggaraan dan sewa. Kenapa perlu mahasiswa/I membayar denda kepada Jana Niaga apabila sebarang kerosakan berlaku sedangkan UNISEL telah membayar segalanya. Duit itu digunakan untuk apa? MPP menuntut denda tidak munasabah ini dimansuhkan dan MPP menuntut penjelasan denda yan dikenakan selama ini disalurkan ke mana?

4. Layanan pengurusan yang lebih profesional.

Terdapat aduan di kalangan mahasiswa/I menyatakan layanan staf dan pengurusan Jana Niaga yang tidak professional. Dimaki dan diherdik merupakan perkara biasa. Kami menuntut staf biadab disingkirkan dari Jana Niaga.

5. Jaminan barangan tidak hilang ketika pemeriksaan

MPP kerap kali menerima aduan kehilangan barang semasa pemeriksaan yang dilakukan oleh Jana Niaga. Kami menuntut satu prosedur standard ketika pemeriksaan bilik dilakukan bagi mengelakkan kehilangan barangan berulang. Bagi kediaman siswi pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh staf wanita kecuali urusan maintenance sahaja.

P/S : Jika ada sebarang komen dan cadangan, mahasiswa/i boleh lampirkan di post ini dan pihak kami akan mengambil tindakan. Terima kasih~

Labels:

22 Comments:

At August 19, 2009 at 2:11 PM , Blogger EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

aslmualaikum...almdulilah ada juga yang dpt mmbantu kmi student2 unisel...amin..teruskan perjuangan

 
At August 19, 2009 at 8:30 PM , Blogger squall-shinoda said...

Err... sebenarnya ada lagi isu di asrama yang patut diselesaikan oleh Jana Niaga... antaranya, capaian internet yang teruk serta ketiadaan grille pada pintu yang menyebabkan keselamatan di asrama kurang terjamin... just a five-cent opinion...

 
At August 21, 2009 at 11:37 PM , Anonymous Anonymous said...

1. WIRELESS LEMBAB
2. SISTEM HOTEL SIAPA CEPAT DIA DAPAT.SELALU TUNGGU KENA CUKUP 6 ORANG BARU DAPAT HOSTEL YANG DIINGINI, KALAU TAK KENA TINGKAT 4. INI TIDAK PATUT BERLAKU.
3.DENGAR ADA POSITIF H1N1, TAPI UNISEL TAK AMBIL LANGKAH PERKETATKAN KESELAMATAN STUDENTS.WAJIBKAN PEMAKAIAN TOPENG MUKA SEKIRANYA SERIUS KES INI.
4.BAZAR RAMADAN SANGAT JAUH DARI HOSTEL.MOGA SEPERTI RAMADAN LEPAS.DEPAN HOSTEL BLOK E.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

 
At August 22, 2009 at 10:33 AM , Anonymous ToAnonymous said...

1. Wireless dh kira ok dah skrang.. Lembab ke cepat bergantung pd jumlah pengguna.. asalkan dpt guna

2. Bila masa UNISEL ada sistem 'HOTEL'?? hehe.. btw, sstem hostel tu perlu dipertingkat dan diselaras smula tue..

3. yang ni mmg kena bjaga-jaga.. dgr cter budak h1n1 tu pun degil tegar.. x pakai topeng lak tu gi kelas.. mmg saje nak menyebar eh..

4. Bazaar Ramadhan ada je kat seblah blok E tu.. yang lagi satu kt seblah blakang residen siswi.. yang jauh tu tambahan bazaar.. okla tu.. dr xde lgsung kan~ suma bbuka kat masjid je la... :)

 
At August 22, 2009 at 12:15 PM , Anonymous NAZRULLAH @ HACKERSUNiSEL said...

SPE X SKE DDK HOSTEL...
PEGi BERAMBOS DDK LUAR AJE LER...
HBiS CERiTE...
iTU PN MAU BAGiTAU KA...
(^_^)

 
At August 24, 2009 at 11:56 AM , Blogger shahir sahran said...

salam...
tahniah dan syabas kepada semua mpp0910 atas usaha anda yang telah membuahkan hasil...
inilah barisan pemimpin yang berkualiti yang perlu kita contohi...
jasamu akan dikenang...

 
At August 24, 2009 at 11:56 AM , Blogger shahir sahran said...

This comment has been removed by the author.

 
At August 25, 2009 at 11:25 AM , Anonymous Anonymous said...

ape progress dr perbincangan ngn jahanam niaga?
kami pn nk taw la...
dah buat memorandum ok la... tp skrg apa kata putus jahanam niaga?
+ve ke -ve dr derang?

 
At August 25, 2009 at 8:52 PM , Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah..
thanks wat sume ahli mpp yg dh brjye jlnkn tgas dan tjwb msing2..
phak yg brwajib sharusnye amek prhatian ble brlaki kes2 mcm ni..
trutame phak unisel sndri..
jgn la smpai mnyusahkn student..
stiap sem prlu hdapi mslh yg same..
anyway,congrats to mpp..:)

 
At August 25, 2009 at 8:52 PM , Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah..
thanks wat sume ahli mpp yg dh brjye jlnkn tgas dan tjwb msing2..
phak yg brwajib sharusnye amek prhatian ble brlaki kes2 mcm ni..
trutame phak unisel sndri..
jgn la smpai mnyusahkn student..
stiap sem prlu hdapi mslh yg same..
anyway,congrats to mpp..:)

 
At September 2, 2009 at 12:48 PM , Blogger Abby said...

bgus ..tahniah kepada mpp dibawah pentadbiran ZOei..klau korang xwat mcm 2 jana niaga xkan taw n wat2 diam..dia ingat stdnt nie pe..lembu ke...aku dh lme kat unisel so aku ske mpp kali nie..sblm nie aku anti mpp coz dgr ckp org atas je..kebajikan stdnt xnk wat..aku salutt korang beb..

 
At September 9, 2009 at 4:44 PM , Anonymous Anonymous said...

bagus & tahniah.. anuar ibrahim tlh menyemarakkan semangat 'aku betul' kt jiwa student2 unisel.. teruskan usaha..

 
At September 9, 2009 at 4:47 PM , Anonymous Anonymous said...

betul sgt la tu.. mmg anuar suka pun dak2 unisel ni cacamerba, wat apa2 x tau jln criter sebenar.. mpp pun aku rasa bangang gak. wifi tu setau aku unisel yg sediakan bukan jahanam niaga. wakakakaka. buduh gak mpp nih. org tua kata ckp siang pandang2, ckp mlm dengar2. jgn main hentam kromo jer. aku penah kena denda! nk tau denda apa? aku pecahkan pintu bilik aku.

 
At September 9, 2009 at 4:49 PM , Anonymous Anonymous said...

itu la korang, dah wat vandalis pastu kutuk2 owner umah. x pernah sewa umah kt luar ke? sewa dgn kerosakan kan kena byr asing? oo lupa lak.. dak2 unisel ni kan ramai anak loaded x mcm aku. korang mana tau!

 
At September 9, 2009 at 4:50 PM , Anonymous Anonymous said...

AKU NK TENGOK, mpp padam x akunyer post! klu padam mmg gampang la MPP!

 
At September 11, 2009 at 3:06 PM , Blogger Abby said...

oittt...xbek mencarut kat blog nie...korang taw xpe mpp wat..bkn smue mpp bangang mcm korang ckp...de sesetengah je tapi mpp 2 dh blah dh..dlu aku pun xske gak mpp..now aku ske mpp sbb d'rang jge kebajikan stdnt..d'orang bantu stdnt smpai gado2 ngan TNC n HEP..2 korang xtaw..asyk2 nk blame MPP je...aku bkn sokong MPP tp aku tgk sendiri d'orang wat kje..xmcm MPP sebelum nie..pandai ckp je..aku pun mnyampah..hope korang paham k...

 
At September 14, 2009 at 2:52 AM , Anonymous Anonymous said...

ha4... pelik la kat anonymous y ayat cm bagus tu... ckp cm berani le sgt... siap cop bangang n buduh kat mpp lak tu... post kalo membina ade la sket org nk simpan... ni siap ngaku pecah2kan pintu... adey... xgentlement langsung...

len kali tulis la nama sbnar.. siap ngn kad matrik.... baru la sollute wat pengakuan cm tu...

ade bran ke adek...? xpon apply la jd mpp penggal depan.. nk gak tengok hang wat kerja ade jalan ke x..

 
At September 29, 2009 at 2:58 PM , Anonymous Anonymous said...

klakar la korang ni.. yg wat pengakuan x letak nama ke id.. yg suruh letak id matrik pun dia sendri x letak.. :-p

 
At October 19, 2009 at 7:04 PM , Anonymous Anonymous said...

MPP, ape solusi yg utk clearance tu? nanti letak kat sini ek? TQ
dari student Y1S1...

 
At October 26, 2009 at 11:01 AM , Anonymous Anonymous said...

dah buat semua bende alah tue..harap2 jadi lah..klo dok samer jew buat aper...naik menyampah gak..

 
At October 26, 2009 at 11:10 AM , Anonymous Anonymous said...

tengok gambo masing2 muke takleh blah..poyo jew lebih..gaye dah macam wakil rakyat..jgn gaye jew lebih..berrrsabarrrlahhh.

 
At December 8, 2009 at 3:45 PM , Anonymous Anonymous said...

KORANG AGAK2 LA.. KALO TUNTUTAN YANG SALAH DAN FAKTA YANG MEMBUTA TULI TU.. SAPA NAK LAYAN? MPP PLEASE LA RASIONAL DALAM TUNTUTAN.. BUKAN MAIN KELUAR FIGURE YANG BUAT ORANG PANDANG RENDAH KAT KORANG JER.. KUARKAN FAKTA YANG KUKUH SKET.. AND SIGURE YANG BETUL2.. I MEAN YANG PERKARA SEBENARNYA, TU PON KALO KORANG WAT KEJE N TAU APA YANG SEBENARNYA..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home