.:: Bazaar Ramadhan MPP ::.
Salam Ramadhan kepada semua..
Pihak MPP telah membuka bazaar Ramadhan yang pada mulanya ditempatkan di kawasan belakang hostel siswi/jalan belakang ke Kampung Sebelah.. Namun atas sebab musabab yang munasabah, kami telah memohon penukaran tapak bazar ke kawasan parkir sebelah FSP. Hal ini juga turut memudahkan para siswa/i yang ingin membeli kerana lebih dekat dengan kawasan hostel. Antara jualan yang diadakan adalah seperti Ayam Percik, Kuih-Muih, Nasi Tomato, Nasi Beriani, Nasi Ayam Madu Berempah, Nasi Campur bermacam lauk-pauk, Air Tebu, Air-air pelbagai perisa, Roti John, Murtabak dsb. Selamat berkunjung ke bazar kami sempena Ramadhan ini. Jangan membazir dan selamat berbuka.. :)
Labels: Bulletin of UNiSEL B.J
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home