Tuesday, September 15, 2009

Lawatan Rasmi MPP UNISEL Ke KUIS, Bangi


14 September 2009 - Exco Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP UNISEL telah menganjurkan program lawatan rasmi ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi. Lawatan ini diwakili oleh 7 orang wakil MPP. Program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sedia ada dan meluaskan jaringan rangkaian kepimpinan mahasiswa dalam kalangan IPT lain. Tambahan lagi, KUIS merupakan IPTS di bawah naungan kerajaan negeri Selangor, sama seperti UNISEL. Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS sangat menghargai dan berterima kasih kepada pihak MPP UNISEL kerana sudi berkunjung ke kampus mereka walaupun terdapat masalah kekangan masa dan kehadiran. Antara agenda pertemuan adalah perbincangan berkenaan permasalahan umum dan mendapatkan resolusi dari sudut kepimpinan mahasiswa. Segala pendapat, sokongan, dan cadangan dari kedua-dua pihak adalah sangat memberangsangkan. Diharapkan program seperti ini akan diadakan lagi dan ikatan yang terjalin akan berkekalan. Tahniah Exco PLP.



Program tamat jam 12.30 tengahari sejurus
selepas lawatan ke sebahagian persekitaran kampus KUIS.

Labels:

2 Comments:

At September 16, 2009 at 1:04 PM , Blogger MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

Terima kasih kepada sesiapa yang menyertai lawatan rasmi ke KUIS..
Kerjasama anda amat dihargai...

ikhlas;
MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Exco perhubungan luar dan Perantarabangsaan
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Industri Selangor.

 
At September 17, 2009 at 1:33 PM , Blogger ntah laaa..... said...

salam ..
spot chk B4 raya
ok...slmt ari raya...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home