Tuesday, August 18, 2009

Bazaar Ramadhan MPP, Club/Society~


Majlis Perwakilan Pelajar berhasrat untuk membantu Kelab/Persatuan di UNISEL dalam menjana dana di dalam bulan Ramadhan. Pihak kami telah menyediakan tapak-tapak gerai jualan untuk mana-mana kelab/persatuan yang berminat untuk berniaga dan menjana pendapatan. Peniaga luar boleh berniaga di tapak tersebut dengan syarat utama adalah melalui kelab/persatuan di mana salah seorang peniaga adalah wakil kelab/persatuan juga. Objektif utama adalah untuk merangsang minat para mahasiswa/i berkecimpung dalam dunia perniagaan. Untuk mana-mana kelab/persatuan yang berminat, tapak masih lagi ada dan dibuka untuk disewa. Tarikh tutup penyewaan tapak bazaar MPP ini adalah pada 19 Ogos 2009. Peniaga diminta menghubungi no. di bawah untuk maklumat lanjut.

Ayub : 013-6323667
Al-Haaridh : 013-3003610

-----------------------------------------------------------------------------------------

BaZaaR RaMadhan MPP

Tarikh : 28 Ogos 2009 - 11 September 2009
Lokasi : Bersebelahan Hostel Siswi PKP, Jalan ke Kampung BJ.
Tema : "Mewarnai Bulan Ramadhan dengan Membentuk Kesejahteraan Ummah"
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus BJ
Kerjasama : Kelab dan Persatuan UNISEL kampus BJ

Semua dijemput hadir!!~ Salam Ramadhan~

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home