Wednesday, July 8, 2009

Makluman Pembayaran Yuran

NOTIS PEMBAYARAN YURAN BAGI SEMESTER MEI 2009

1- PELAJAR YANG MENDAPAT TAJAAN

Semua pelajar (termasuk pelajar baru ambilan 3/08/09) perlu menjelaskan yuran pengajian semasa sekurang-kurangnya 50% atau minima RM500 sebelum 10 Julai 2009. Kegagalan membuat bayaran, pelajar tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir semester Mei 2009.
Baki tunggakan akan dipotong pada semester akan datang.

2- PELAJAR TANPA TAJAAN

Pelajar perlu menjelaskan yuran pengajian semasa sepenuhnya sebelum 10 Julai 2009. Baki Tunggakan masih ada perlu diselesaikan sebelum bermula semester 1/2009/2010 pada Ogos 2009.

p/s: Bagi Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kami mengharapkan keputusan ini mampu untuk melegakan semua warga unisel terutama mahasiswa/i unisel. Sebarang masalah atau perkara yang ingin dibincangkan segeralah berhubung dengan MPP untuk kami mendapatkan maklumat. Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home