Kotak Aduan & Cadangan MPP S.A
Hal ini dapat memudahkan para pelajar untuk memberikan sebarang aduan dan cadangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Industri Selangor (UNISEL) dengan mudah dan bersistemetik.
MPP Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium dan Nur Azeela Bt Mohd Zaki telah berjumpa dengan setiap dekan fakulti di Kampus Shah Alam untuk mendapatkan kebenaran untuk meletakkan Kotak Aduan Dan Cadangan ini di fakulti masing-masing.
Dan dengan yakinnya dinyatakan bahawa kotak aduan ini akan mula beroperasi mulai 7hb Julai 2009 (Hari Selasa)
Setiap minggu kami akan mengutip borang aduan tersebut dan langkah sewajarnya akan diambil dalam menangani masalah tersebut. Faktor ini dapat menggurangkan masalah-masalah yang timbul di UNISEL, dan dapat membolehkan para pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran dan sekaligus mendapat pencapaian yang baik dalam peperikasaan, disamping meningakatkan imej dan kualiti UNISEL.
Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan.
Labels: Bulletin of UNiSEL S.A
1 Comments:
penggunaan ayat, ejaan perlu ditingkatkan lagi..thanx.. =)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home