Status Pemansuhan Residen Komuniti Siswa (RKS) Kampus Shah Alam
Sepeti yang sedia maklum,mulai semester depan, tiada lagi pelajar yang akan ditempatkan di dalam Kampus Unisel Shah Alam, disebabkan ke semua dorm yang ada, sedang di ubahsuaikan untuk dijadikan bilik kuliah dan makmal.
Oleh yang demikian, tiada perlu lagi adanya Bilik Residen Komuniti Siswa (RKS) di dalam Kampus Unisel Shah Alam, disebabkan tiada lagi fungsinya, dan di minta supaya bilik tersebut akan di gantikan dengan Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel Kampus Shah Alam, disebabkan kami tiada lagi ada suatu tempat yang tetap dan strategik bagi menjalankan tugas-tugas kami.
Dengan adanya bilik ini, kami dapat bergerak dengan lebih pantas dan bersistematik, di samping dapat memudahkan para pelajar untuk berjumpa dengan kami.
Di samping itu juga, Unisel Kampus Shah Alam kekurangan bilik untuk menjalankan aktiviti persatuan dan hal ini merumitkan kegiatan aktiviti persatuan. Sebelum ini, satu bilik telah diberikan untuk aktiviti persatuan, tetapi bilik tersebut telah dikongsi bersama oleh lebih daripada sepuluh persatuan di Unisel Kampus Shah Alam dan hal ini telah menyebabkan berlaku beberapa kesulitan dalam waktu pengunaan bilik tersebut. Oleh yang demikian, Surenthdren A/L Supramanium Exco Majlis Perwakilan Pelajar telah berjumpa dengan Pihak Hal Ehwal Pelajar Kampus Shah Alam untuk meminta sebuah bilik lagi untuk aktiviti persatuan supaya kesemua persatuan di Unisel Kampus Shah Alam dapat bergerak dengan aktif, disamping dapat membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah oleh setiap persatuan di Unisel Kampus Shah Alam. Hal ini dapat meninggatkan mutu,kualiti dan imej Unisel dalam kalangan masyarakat.
Labels: Bulletin of UNiSEL S.A
1 Comments:
npe bilik RKS x bg kt persatuan n bilik persatuan tu u all yg gne..kn lebeih mudah...co bilik RKS tu kn lagi luas..
one more thing dlu rse nye surat berkenaan dgn status bilik rekreasi pelajar menjadi bilik MPP SA telah pun diluluskan oleh pamangku NC yg lalu coz salinan surat tu still ade pd MPP lepas korunk x mintak ke?? apakah status bilik itu sekarang??
ex-exco MPP SA
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home