Saturday, July 4, 2009

Laporan Lawatan IKS

4 Julai 2009 (Sabtu) - Sebuah lagi program anjuran Kelab Permata PKNS & Exco KEK MPP. Seramai hampir 80 orang peserta telah mengikuti program ini.
Berikut adalah perjalanan program.

Semua peserta telah berkumpul di hadapan Dewan Biru, PKP. Antara wakil MPP yang hadir adalah seramai 8 orang dari Exco P&P, Exco PMI, Exco KPA, Exco KEK, Bendahari 1 dan YDP. Perjalanan dengan 2 buah bas bermula jam 8.00 pagi dan tiba jam 10.30 pagi di Banting, Selangor. Kedatangan ke tempat lawatan Perniagaan Warisan Usaha disambut baik oleh Puan Hajah Jumaidah (Mama Ju) selaku ketua di sana. Lawatan ke sana adalah lebih kepada untuk mengenali perniagan kerepek dan kuih2 yang diperniagakan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di samping mengetahui asal-usul, sejarah pembangunan perniagaan Warisan Usaha yang diusahakan oleh Mama Ju tersebut. Setelah dibenarkan melawat ke dapur gorengan kerepek dan ke Kedai Jualan Warisan Usaha sambil diberikan peluang untuk mencuba dan merasa, para peserta dijamu dengan hidangan buffet selera kampung oleh Mama Ju sekeluarga. Kemudian, para peserta dibawa 10KM ke kilang pemprosesan yang lebih besar. Di sana para peserta juga diberikan peluang untuk mencuba, merasa, dan melihat bagaimana kuih-muih dihasilkan, dan bagaimana pemprosesan kerepek secara besar-besaran dilakukan. Di akhir program ini, Mama Ju telah memberikan beberapa bungkus besar kerepek untuk para peserta 'menjamah' dan dibawa balik ke UNiSEL.
Jadi berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan berlangsung;








Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home