Sunday, July 5, 2009

Pemandu Bas UNISEL Tidak Bertanggungjawab

MPP Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium telah membuat aduan kepada TNC HEP dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Shah Alam berkenaan dengan pemandu bas Unisel telah bertindak dengan melampau kepada pelajar Unisel.

Pada setiap hari Isnin, pelajar ini (nama dirahsiakan diatas faktor keselamatan pelajar tersebut)dikehendaki untuk pergi ke Kampus Bestari Jaya untuk menghadiri kelas Bahasa Kebangsaan A pada semester ini. Jadi, pada 15 June 2009 (Hari Isnin), pelajar tersebut hendak pergi ke Kampus Bestari Jaya untuk menghadiri kelas pertama. Pada pagi tersebut,pelajar itu telah pergi untuk menaiki bas Unisel untuk pergi ke Kampus Bestari Jaya, dan pemandu bas tersebut tidak membenarkan pelajar tersebut untuk menaiki bas pada mulanya dan meminta surat daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP). Setelah itu, pemandu bas tersebut telah membenarkan pelajar itu untuk menaiki bas dengan syarat mendapatkan surat penggunaan bas dari Kampus Bestari Jaya.


Setelah tiba di Kampus Bestari Jaya, pelajar tersebut telah terus bergerak ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Unisel di Kampus Bestari Jaya, dan ke Pejabat Pentadbiran Dan Sumber Manusia Unisel di Kampus Bestari Jaya, untuk mendapatkan surat kebenaran untuk menggunakan bas atau kenderaan Unisel untuk berulang-alik dari Kampus Shah Alam ke Kampus Bestari Jaya pada setiap hari Isnin. Setelah itu, di dapati seorang staff yang bekerja di Pejabat Pentadbiran Dan Sumber Manusia Unisel di Kampus Bestari Jaya, telah meminta pelajar ini untuk tunggu dan berjumpa dengan En.Kamarul, tetapi malang nasibnya, En.Kamural tidak muncul-muncul sepanjang hari tersebut.


Setibanya waktu untuk pulang ke Unisel Kampus Shah Alam pada jam lebih kurang 5.30 petang, pelajar tersebut telah pergi untuk menaiki bas yang sama, tetapi pemandu bas tersebut telah bertindak kasar dan meminta pelajar tersebut untuk turun dari bas dan datang menghampiri pelajar tersebut seperti hendak menolak keluar pelajar tersebut dari basnya, tetapi sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku, pelajar itu dengan sendiri telah turun dari bas tersebut, dan bas tersebut telah bergerak dari Kampus Bestari Jaya dengan meninggalkan pelajar itu berseorangan di sana.


Pelajar yang berseorangan di sana, tidak tahu jalan untuk pulang ke Kampus Shah Alam, dan setelah menunggu lamanya, pelajar tersebut telah cuba mendapatkan teksi dan pulang ke Shah Alam, dan dikenaka caj sebanyak RM 100.00 lebih.


Walaupun pelajar ini tidak mempunyai surat kebenaran, pemandu bas tersebut tidak sepatutnya bertindak melampau sebegitu. Pemandu bas tersebut harus membawa balik pelajar tersebut ke Kampus Shah Alam seperti mana di bawa dari Kampus Shah Alam ke Kampus Bestari Jaya, dan itu adalah etika dan tanggungjawab sebagai seorang pemandu bas. Hal ini cukup membahayakan keselamatan pelajar tersebut. Disamping itu, sekiranya sesuatu yang tidak dingini telah berlaku kepada pelajar tersebut pada hari tersebut, ia akan membawa masalah yang sangat besar kepada pihak Unisel, sekaligus menjejaskan imej Unisel di kaca mata masyarakat.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home