Sunday, July 5, 2009

Isu Perpustakaan UNISEL Kampus Shah Alam

MEMASANG KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI PERPUSTAKAAN DAN DI LUAR PERPUSTAKAAN UNISEL KAMPUS SHAH ALAM

Kehilangan dan kecurian barang-barang berharga sering kali berlaku di dalam perpustakaan dan diluar perpustakkan, terutama sekali di tempat meletak beg sebelum memasuki perpustakaan. Antara barang-barang yang sering kali hilang, adalah termasuk komputer riba (Laptop), telefon bimbit, dan external hard disk. Hal ini disebabkan, ketiadaan pengawal dan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut. Justeru, pelajar yang bersikap negatif , mengambil kesempatan tersebut untuk mencuri barang-barang yang diletakkan oleh para pelajar lain di tempat tersebut. Kes kecurian merupakan satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang Negara Malaysia, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita harus membendung masalah ini dari sini lagi. Tambahan pula, remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara, jika mereka sendiri terlibat dengan kes kesalahan jenayah, apakah akan berlaku? Jenayah akan bermaharajalela di negara ini. Oleh yang demikaian,Surenthdren A/L Supramanium Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menghantar surat kepada TNC PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMBANGUANAN dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Shah Alam untuk memasang kamera litar bertutup (CCTV) di dalam dan di luar perpustakaan supaya dapat membendung masalah ini daripada menjadi lebih serius sehingga menjadi duri dalam daging kepada pihak Unisel, dan sekaligus menjejaskan nama baik dan imej Unisel di kanta mata semua lapisan masyarakat.

PENYEDIAAN BUKU BAHASA TAMIL

MPP Kampus Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium telah berbincangan dengan Pihak Pengurusan Perpustakan Kampus Shah Alam dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Kampus Shah Alam bahawa barisan MPP Shah Alam sangat menyokong dengan cadangan yang diberikan oleh Indian Cultural And Languange Society (ICLS) dalam penyediaan buku bahasa Tamil di perpustakaan Unisel Kampus Shah Alam.

Hal ini dapat membantu para pelajar yang berbangsa India,dapat memenuhi masa lapang mereka dengan membaca buku-buku ilmiah daripada melepak dan membazirkan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

Disamping itu, para pelajar Unisel dapat mengetahui tradisi dan adat istiadat kaum lain di Malaysia,yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Hal ini, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara para pelajar dan dapat membentuk jati diri yang baik, dan sekaligus menigkatkan imej Unisel menjelang 10 Tahun Unisel.

PENYEDIAAN LOKER DI DEPAN PERPUSTAKAAN UNISEL KAMPUS SHAH ALAM, BERSERTAKAN DENGAN SEORANG PENGAWAL SEPANJANG WAKTU PERPUSTAKAAN BEROPERASI

Ia adalah penambahan permintaan selain daripada kamera litar tertutup supaya keselamatan di perpustakaan Unisel adalah lebih terjamin. Nur Azeela Bt Mohd Zaki, Surenthdren A/L Supramanium dan Yeo Wee Kiat telah berjumpa dengan pihak pengurusan Perpustakaan Kampus Shah Alam berkaitan dengan penyediaan loker bersertakan dengan seorang pengawal di sepanjang waktu perpustakaan beroperasi. Justeru, telah menghantar surat kepada TNC Perancangan Strategik Dan Pembangunan berkaitan dengan hal ini. Hal ini, adalah bertujuan untuk menambahkan sistem keselamatan di Perpustakaan Unisel Kampus Shah Alam, di sebabkan sering berlaku kes kecurian di tempat tersebut. Dan diharapkan agar pihak perpustakaan Unisel dapat mengambil langah-langkah yang lebih drastik dan sistematik, supaya kes kecurian di Unisel dapat di kurangkan. Justeru, meningkatkan imej, kualiti dan mutu Unisel.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home