Saturday, July 4, 2009

Majlis Perasmian KMGS 2009


Pada 30 Jun 2009, bertempat di Dewan Biru, Pusat Komuniti Pelajar UNiSEL Bestari Jaya. Telah diadakan Majlis Perasmian Kempen Mencegah Gejala Sosial (KMGS) 2009. Kempen tersebut dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam bermula jam 10malam, ia dianjurkan oleh Exco Pembangunan Modal Insan dan Integrasi Kaum (PMI) MPP dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam UNiSEL dan Persatuan i-Rakan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang kempen tersebut adalah Festival Nasyid Inter-Fakulti, Ceramah bertajuk Cinta, Seks ... dan Forum bertajuk Cinta dan Perkahwinan di Alam Kampus. Terdapat pelbagai nota menarik bermotivasi telah ditampal di seluruh kampus bersempena dengan kempen ini. Sambutan dari semua pihak adalah memberangsangkan. Majlis tamat jam 10.30malam selepas dihiburkan oleh Kak Nurul dengan mendendangkan nasyid bertajuk Muhasabah Cinta. Semua hadirin dijamu dengan jamuan yang disediakan.
Tahniah Exco PMI MPP!
--

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home