Sunday, July 19, 2009

IPTS Students' Leaders SUMMIT 2009

Pada 10-12 Julai 2009, sebahagian daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL iaitu seramai 13 orang, telah menghadiri
yang diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang.

Antara wakil-wakil MPP IPTS yang telah hadir adalah dari Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), HELP, KLIUC, MMU Melaka dan Cyberjaya, dan Nottingham University College. Jumlah peserta dianggarkan seramai 80 orang dan UNISEL merupakan
IPTS yang menghantar paling ramai wakil. Hal ini membolehkan wakil UNISEL duduk berbincang di setiap isu yang dikeutarakan dan dikenali dalam kalangan para peserta serta mudah menjalin rangkaian sesama MPP IPTS.

SUMMIT tersebut diadakan dengan objektif untuk menyuarakan permintaan pelajar IPTS kepada Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPT). Antara isu yang dikemukakan di dalam memorandum dan diserahkan kepada KPT adalah;

1. One Malaysia (1Malaysia)
2. Mentor Mentee Program
3. Visa (International Students) and Culture
4. Sports
5. Research Grant

Wakil dari KPT telah hadir dan menerima memorandum tersebut secara rasminya pada 12 Julai 2009. Diharapkan mendapat respon positif dari pihak KPT dari wakil-wakil IPTS tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada UNITEN yang telah menjadi tuan rumah sempena SUMMIT ini. Aktiviti menarik telah diadakan iaitu Le Tour De Muadzam Shah dengan berkonvoi dengan lebih kurang 20 kereta Perodua MyVi. Impressive!~ SUMMIT secara rasminya tamat jam 4.30petang pada 12 Julai dan MPP UNISEL antara yang terawal pulang dan sampai ke UNISEL BJ jam 12.10 pagi. Semoga berjumpa lagi.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home