Friday, November 27, 2009

Peperiksaan Akhir Sem 1/2009/2010


Tarikh : 30hb November hingga 20 Disember 2009

>> Accompaniment of prayer in your effort, to gain successful.
Wishing all the best in your examination..

Iringkan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.. Moga kejayaan milik bersama.
Selamat menduduki peperiksaan. <<>

Labels: ,

Salam AidilAdha...

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha / Korban buat semua staf,
mahasiswa/i Muslim di UNISEL.
Bersama kita mengikhlaskan segala pengorbanan selama ini.
Bersempena dengan sambutan raya korban,
kira-kira 4 ekor lembu telah disembelih di Masjid UNISEL.
Selamat beraya diucap pada semua dan selamat cuti raya. :)

Labels:

Monday, November 16, 2009

Hari Pembayaran Yuran

Semua pelajar UNISEL BJ terutamanya,
diminta membayar yuran dalam jangka masa tarikh berikut;

Tarikh : 17 - 23 November 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Utama UNISEL BJ.

Labels:

Monday, November 2, 2009

FESKONISEL 2009 sempena Istiadat Konvo ke-4 Meriah di UNISEL BJ!!~

Pada 29hb hingga 1 November 2009 telah berlangsung Festival Konvokesyen (FESKONISEL) yang julung kali diadakan di UNISEL. Karnival tersebut dianjurkan oleh MPP UNISEL BJ dengan kerjasama HEP UNISEL. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh ayahanda TNC, Prof. Madya Zainal Abidin bin Kidam.

Berikut adalah gambaran umum festival.













Labels:

Suara Siswa di UNISEL

Pada 26 dan 27 Oktober 2009 telah berlangsung program Suara Siswa RTM1 di UNISEL BJ. 2 hari berturut telah diadakan program siaran rakaman dan siaran langsung.

26 hb (siaran rakaman) telah diwakili oleh YDP MPP UNISEL, saudara Wan Azraei. 2 panel luar adalah MPP dari UNITEN dan KLIUC dengan tajuk perbincangan : "Hala Tuju IPTS". 27hb (siaran langsung) telah diwakili oleh NYDP MPP UNISEL, saudara Merico. Tajuk perbincangan : "Pembentangan Bajet 2010 Melibatkan Sektor Pendidikan Negara dan Pengajian Tinggi".

Persembahan dari persatuan dan kelab telah memeriahkan program yang dimoderator oleh Dr. Fazley. Antara persatuan dan kelab yang mengadakan persembahan dari UCCA, ICLS, PSSGM dll. Terdapat ramai mahasiswa/i yang datang menyertai program siaran tersebut. Tahniah diucapkan kepada penganjuran oleh MPP UNISEL dengan kerjasama HEP UNISEL dan RTM.

Labels:

Karnival Sukan JKK Meriah!!

Pada 22 dan 24 oktober yang lalu telah berlangsung Karnival Sukan Jawatankuasa Kolej Kediaman di Kampus UNISEL BJ. Ramai mahasiswa/i telah menyertai karnival tersebut. Berikut adalah laporan mengikut gambar-gambar semasa karnival berlangsung ;


22hb - Pertandingan Badminton beregu dan perseorangan lelaki dan perempuan telah diadakan di Dewan Biru PKP. Acara Saringan.

22hb - Pertandingan Futsal berlangsung di gelanggang Futsal PKP. Acara Saringan lelaki sahaja. Acara saringan Bola Jaring perempuan sahaja diadakan di gelanggang Bola Jaring di dalam kawasan Residen Siswi.

24hb - Pertandingan Bola Jaring di dalam kawasan kediaman residen siswi.

24hb - Acara separuh akhir dan akhir.

24hb - Perlawanan persahabatan permainan bola jaring antara AJK JKK dan ahli MPP telah diadakan.

24hb - Perlawanan persahabatan permainan badminton antara AJK JKK, ahli MPP dan Felo telah diadakan.


Malam perasmian penutup Karnival Sukan dirasmikan oleh TNC Prof. Madya Zainal Abidin bin Kidam. Turut dihadiri oleh barisan MPP, JK Felo dan wakil HEP Residen UNISEL.

Ucapan oleh Pengarah Program dan TNC.

Penyampaian hadiah oleh TNC dan Ketua Felo. Pemenang keseluruhan yang memenangi Piala Pusingan Timbalan Naib Canselor dirangkul oleh peserta-peserta dari Kluster A. Tahniah diucapkan kepada semua. :)

Labels: