Wednesday, March 17, 2010

PERUTUSAN PEMBUBARAN MPP DARI MEJA YDP MPP 09/10


Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera…

1 Mac 2010, tarikh yang dipilih oleh pihak pentadbiran universiti bagi pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 setelah genap satu tahun MPP 0910 berkhidmat kepada mahasiswa/I unisel. Secara langsung ia akan membuka kepada satu pilihanraya kampus yang ke3 bagi pemilihan pimpinan mahasiswa yang baru untuk sesi 2010/2011 dalam masa yang terdekat.

Alhamdulillah, ia merupakan satu jangka masa yang amat bermakna kepada 28 ahli majlis yang mana telah berkhidmat sebaiknya kepada mahasiswa/I unisel. Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang telah diterima dan akhirnya perjuangan MPP 0910 kini telah berakhir.

Saya mewakili MPP 0910 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah banyak membantu mematangkan dan mempermudahkan urusan kami sepanjang perjuangan kami memperjuangkan hak mahasiswa/i unisel. Ucapan terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan universiti terutama Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) Prof Madya Hj Zainal Abidin bin Kidam, Staf2 Universiti, Pihak JanaNiaga, Cafeteria Unisel dan yang paling bermakna seluruh mahasiswa/i unisel.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat perjuangan ahli keluarga MPP 0910, kalian semua telah melalui satu peringkat dan pengalaman yang amat berharga serta sukar untuk dicari dimana-mana. Perjuangan kalian memperjuangkan hak-hak sahabat kita di unisel ini merupakan satu cabaran yang amat bernilai dan hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya kerana hanya Dia yang tahu niat perjuangan kita semua. Perlu kita ingat, biarpun MPP 0910 telah dibubarkan, tetapi semangat dan perjuangan perlu kita kekalkan, bantulah sahabat-sahabat mahasiswa/i unisel selagi kita terdaya. Perjuangan perlu diteruskan!

Pada pemilihan yang akan datang, kami mengharapkan satu perubahan akan berlaku pada mahasiswa/i unisel, iaitu perubahan terhadap budaya cintakan perjuangan dan semangat untuk memperkasakan hak-hak mahasiswa/i unisel. Ambillah peluang untuk bangunkan diri sendiri, bangunkan sahabat-sahabat dan juga untuk bangunkan institusi. Kita tidak mahu pimpinan yang akan datang hanya pentingkan diri sendiri, mahupun terlalu drastik terhadap kepentingan mahasiswa semata-mata tanpa menggira baik mahupun buruk hasil tindakan yang dilakukan.

Perutusan yang terakhir ini juga saya tujukan kepada pimpinan yang akan datang supaya pimpinan yang akan datang terus membawa aspirasi dan perjuangan yang dibawa oleh pimpinan lepas agar kita mempunyai kesinambungan dan persamaan didalam perjuangan. Kami bekalkan kepada pimpinan akan datang modul pimpinan yang diguna oleh kami selama satu tahun perjuangan kami. Pimpinan akan datang haruslah mempunyai prinsip yang jelas dan nyata supaya matlamat perjuangan tidak lari iaitu berjuang untuk mahasiswa/i unisel serta unisel itu sendiri.

Akhir kalam, saya mewakili MPP 0910 ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan dan kelemahan sepanjang tempoh perjuangan kami, jika terdapat janji kami yang belum ditunaikan dan program kami yang belum berlangsung kami akan cuba usahakan selagi kami ada dan insyaAllah pimpinan akan datang bakal menyambung perjuangan kami MPP 0910. Doakan yang terbaik untuk pimpinan akan datang dan semoga perjuangan mahasiswa/i unisel terus dibawa.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Universiti Industri Selangor (UNISEL)





Labels: ,

4 Comments:

At March 22, 2010 at 11:46 AM , Anonymous NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) said...

Salam Perjuangan & Salam Perpaduan !!!
TAKBiR !!!

 
At April 20, 2010 at 7:45 AM , Anonymous NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) said...

http://www.pisau.net/2010/04/hulu-selangorpakatan-haprak.html

 
At February 9, 2011 at 10:55 PM , Blogger yusri zahir said...

salam kepada MPM unisel. Saya berhajat untuk bersembang dengan presiden Unisel. boleh sy dapatkan email? email saya - yuszas@yahoo.com

 
At July 23, 2011 at 6:15 PM , Anonymous Anonymous said...

Unisel telah, sebelum ini iaitu semasa era UMNO hanya alat kosmetik terutamanya dalam gimik wibawa pencapaian kerajaan dan manipulasi hal alirtadbir kewangan.

Unisel kini, melalui pelbagai liku pahit proses pemulihan (Bukan Bersih 2.0) tetapi tidak dapat tidak melainkan melalui pelbagai tekanan membabitkan penstukturan semula akaun dan anggota tadbir.

Unisel terkini masih belum keluar dari suasana yang panik. Terkerana pergolakan dalaman yang bersifat gengsi pro PAS, pro PKR yang tidak sebenarnya sehaluan apatah lagi pro UMNO. Politik dalam kampus dikalangan pelajar juga sangat dipengaruhi oleh parti luar yang menjadi DOMAIN menncari pencacai asuhan.

Tak percaya siasatlah isu surat layang. (Dah tak der kerja lain ker? Lapo sangat ke?) Dan anda akan tahu ada pemecatan mendadak terakibat dari pergolakan PRA MATANG orang dewasa, yang tak tahu menghargai sumber rezekinya, berbanding menghargai sifat politik kepartian picisan.

Hakikatnya ibarat Yang BERKEJAR DENGAN BERLARI. Masing masing buta kerana tidak nampak siapa menjadi mangsa. Ya! mangsanya adalah PELAJAR yang menjadi customer dan pekerja marhain. Seandainya dalam PR akan datang UMNO memang semula...mampuslah !

Perpindahan fakulti dari Shah Alam ke BB dan fakulti di BB ke Shah Alam sebenarnya mencerminkan hal ini. Sekiranya anda siasat, awalnya adalah cerita tentang mendapatkan lebih ramai pelajar kerana strategiknya Shah Alam. Dan kerana Fakulit BIO prasarananya di BB tidak termenafaat terus.

Tetapi barang diingat ruang di S7 yang tidak kondusif, malah prasarana yang tidak lengkap seperti ketiadaan wi-fi membayangkan betapa Unisel masih bertatih.

Betapa masalah kemasukan dari Fakulti x bukan masalah, tetapi kekurangan kemasukan dari fakulti lainnya yang meruncing. Lebih cikgu dari murid.

Siapakah yang teruja melepaskan Fakilti x dengan mengangankan injeksi 30 juta, seolahnya itu adalah satu penyelesaian. Tidak ambil ingatankan terhadap INPENS yang melepaskan franchise UITM yang menguntungkan dan akhirnya terpaksa downsize dan terus dipangkususukan kerajaan negeri dengan tempat program vokasional?

Pelajar Uisel sekelian, kuasa terbesar adalah anda! Hanya anda yang boleh menempelak pihak tadbir agar fokus dengan profesionalisme dalam mengikuti job function mereka. Jatuhkan PR kiranya budaya ini berterusan. Itupun jika terpaksa. Naikkan sahaja siapa juga yang benar jujur yang tahu kepentingan siapakah patut dijaga!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home