Monday, November 2, 2009

Karnival Sukan JKK Meriah!!

Pada 22 dan 24 oktober yang lalu telah berlangsung Karnival Sukan Jawatankuasa Kolej Kediaman di Kampus UNISEL BJ. Ramai mahasiswa/i telah menyertai karnival tersebut. Berikut adalah laporan mengikut gambar-gambar semasa karnival berlangsung ;


22hb - Pertandingan Badminton beregu dan perseorangan lelaki dan perempuan telah diadakan di Dewan Biru PKP. Acara Saringan.

22hb - Pertandingan Futsal berlangsung di gelanggang Futsal PKP. Acara Saringan lelaki sahaja. Acara saringan Bola Jaring perempuan sahaja diadakan di gelanggang Bola Jaring di dalam kawasan Residen Siswi.

24hb - Pertandingan Bola Jaring di dalam kawasan kediaman residen siswi.

24hb - Acara separuh akhir dan akhir.

24hb - Perlawanan persahabatan permainan bola jaring antara AJK JKK dan ahli MPP telah diadakan.

24hb - Perlawanan persahabatan permainan badminton antara AJK JKK, ahli MPP dan Felo telah diadakan.


Malam perasmian penutup Karnival Sukan dirasmikan oleh TNC Prof. Madya Zainal Abidin bin Kidam. Turut dihadiri oleh barisan MPP, JK Felo dan wakil HEP Residen UNISEL.

Ucapan oleh Pengarah Program dan TNC.

Penyampaian hadiah oleh TNC dan Ketua Felo. Pemenang keseluruhan yang memenangi Piala Pusingan Timbalan Naib Canselor dirangkul oleh peserta-peserta dari Kluster A. Tahniah diucapkan kepada semua. :)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home