Friday, May 15, 2009

Buletin Shah Alam

Mesin ATM Bank Islam, Di Dalam Kampus Shah Alam.....

Atas perjuangan MPP sebelum ini, dengan berjayanya mesin ATM telah dapat dibawa ke kampus Shah Alam. Hal ini, dapat mempermudahkan para siswa dan siswi untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa dalam kawasan kampusnya..

Ini adalah antara salah satu kemudahan yang terpenting sekali di sesuatu kampus... Dengan ini, kami mewakili barisan MPP 2009/2010, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPP sebelum ini, atas daya usaha mereka untuk membawa mesin ATM ke Kampus Shah Alam.

Justeru,kami berjanji akan meneruskan perjuangan MPP sebelum ini dengan lebih gigih dan bersistematik untuk meningkatkan imej dan kualiti UNiSEL, disamping memfokuskan kepada kemudahan dan keperluan para siswa dan siswi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

SURENTHDREN A/L SUPRAMANIUM
Exco Penerangan Dan Penerbitan MPP S.A.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home