Sunday, May 3, 2009

Buletin BJ : Sekretariat Unit Peperiksaan

MPP BJ telah mendapat begitu banyak aduan dari pelajar yang mengatakan sikap kebanyakan Sekretariat Unit Peperiksaan ini melampau dan kurang sopan dan ini adalah kali pertama kami menerima aduan yang begitu banyak dari pelajar.

Kemuncaknya apabila salah seorang MPP sendiri ditengking dan diherdik atas usaha beliau untuk membawa isu pelajar ke hadapan dan mendapatkan hak pelajar. Bagi kami isu ini sudah parah dan bagi mengembalikan hak dan layanan yg sopan terhadap pelajar perjumpaan segera bersama pihak pentadbir akan diadakan secepat mungkin sebagai tanda protes terhadap layanan teruk dari Sekretariat Unit Pepeiksaan.

Berikutan dengan hal tersebut, pihak MPP telah berurusan dengan pengurusan atasan UNiSEL dan akan berbincang dengan lebih lanjut. sebarang maklumat akan kami maklumkan.

[5 Mei 2009] ** rundingan damai telah dilakukan, sebarang kesulitan amat dikesali.

 "Sesungguhnya setiap perkara yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk dan salah itu datangnya dari para hamba-Nya yang lemah ini."

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home