Wednesday, May 6, 2009

Kenyataan Rasmi MPP Berhubung Isu Seketeriat Peperiksaan

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada warga pensyarah dan staf yang terlibat dalam isu ini. Isu ini hanya melibatkan segelintir staf sahaja bukan semua seperti yang digembar-gemburkan.

Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar jelas iaitu menuntut supaya Mahasiswa/i Unisel dilayan dengan cara beretika sesuai dengan status mahasiswa.

Bagi kami isu ini amat besar kerana melibatkan soal etika dan profesionalisma staf yang terlibat.
Atas dasar itu Majlis Perwakilan Pelajar menuntut langkah segera diambil.

Majlis Perwakilan Pelajar juga komited bersama pihak pentadbiran Universiti mengetatkan undang-undang peperiksaan di Unisel dan tidak berkrompomi dengan sebarang salah-laku yang dilakukan oleh mahasiswa/i tetapi tindakan yang diambil perlulah berhemah.

Atas keprihatinan Timbalan Naib Canselor (HEP) isu ini berjaya diselesaikan dengan rundingan dan kata sepakat telah dipersetujui.

Bagi Pihak Majlis Perwakilan Pelajar kami sekali lagi memohon maaf kepada seluruh warga pensyarah Universiti Industri Selangor. Kami percaya masih ramai lagi pensyarah yang menyanjung tinggi nilai adab, akhlak dan etika dan komited terhadap tugas mereka.

Majlis Perwakilan Pelajar menganggap isu ini selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan teguran, cadangan dan kritikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keputusan undian yang dijalankan di Web Blog ini;
Soalan : SEKRETARIAT UNIT EXAM MELAMPAU DAN KURANG SOPAN! SETUJUKAH ANDA?
Jawapan : YA (72%) 13/18 PENGUNDI
Jawapan : TIDAK (27%) 5/18 PENGUNDI

~ SEKIAN, TERIMA KASIH ~

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home