Thursday, April 16, 2009

Perubahan Dinantikan: JANA NIAGA

Buletin Bestari Jaya

Assalamulaikum dan salam penghormatan...

12 April 2009, wakil dr MPP telah mengadakan satu pertemuan bersama pihak JANA NIAGA selama hampir satu jam. Pertemuan Salam perkenalan antara beberapa orang wakil dr MPP bersama JANA NIAGA itu diibaratkan sebagai satu perbincangan ke arah mencari kerjasama untuk memberi yang terbaik buat pelajar unisel terutama pelajar yang menginap di Residen Komuniti Siswa/i (RKS).

Hasil perbincangan dapat disimpulkan MPP dan JANA NIAGA sendiri mengharapkan perubahan yang terbaik untuk pelajar. antara pokok perbincangan yang telah dicapai kata sepakat adalah berkaitan dengan keselamatan pelajar di RKS dan juga beberapa kemudahan untuk pelajar bakal disediakan.

Menurut JANA NIAGA, kemudahan untuk pelajar boleh disediakan jika pelajar betul2 memerlukan kerana ini adalah salah satu kebajikan yg perlu diberi kepada pelajar. tetapi kebanyakan persoalan timbul apabila sebilangan dr pelajar tidak menghargai kemudahan tersebut seperti melakukan kerosakan pada kemudahan, diambil contoh spt kerosakan pada public phone, router wireless, information Board dan lain2 lagi.

Hasil dr itu, JANANIAGA teragak2 untuk memberi kemudahan yg lain kepada pelajar. tp hasil perbincangan, setiap kemudahan yg akan datang disalurkan secara beransur2 bagi melihat progress dan respon dr pelajar itu sendiri. sebagai contoh, untuk Semester akan datang, JANANIAGA akan menyediakan 2 'water cooler' di PKP dan 2 'Mineral Water Provider' juga di PKP sebagai permulaan melihat sambutan dr pelajar. jika masalah seperti vandalisme tidak berlaku JANANIAGA tidak teragak2 untuk menambah pengunaanya di setiap blok.

Hasil perbincangan juga, MPP akan menubuhkan organisasi didalam RKS sebagai contoh akan melantik pelajar bagi setiap cluster seorang pengerusi dan setiap blok seorang ketua. Tujuan utama diwujudkan organisasi ini adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan cakna setiap pelajar dalam RKS. Kami percaya dengan wujudnya organisasi ini, RKS mungkin dapat dihidupkan suasana sebagai kediaman yang kondusif dan pelajar dapat saling mengenali antara satu sama lain dan sekali gus menjanjikan keselamatan yg terjaga. Dari sini juga kita mungkin dapat mengadakan pelbagai pertandingan antara blok dan cluster spt sukan RKS dan sebagainya.

Lain-lain hal yang dibincangkan adalah berkaitan dengan dewan diatas Café PKP, bagi pelajar atau persatuan yang mungkin ingin menggunakan dewan atas itu sebagai tempat latihan mahupun program boleh mendapatkan kebenaran di pejabat JANANIAGA. JANANIAGA telah memberi kebenaran untuk persatuan dan kelab menggadakan latihan didewan atas tetapi perlulah berhubung dengan staff di pejabat JANANIAGA terlebih dahulu bagi memaklumkan penggunaan tersebut.

Sebarang pertambahan berkaitan JANANIAGA akan kami maklumkan secepat mungkin bagi keselesaan pelajar.

Salam kasih sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain
Yang dipertua (YDP)
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel (MPPUNISEL)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home