Thursday, April 9, 2009

Program Ramah Mesra dan Pengenalan Bersama MPP

Berikutan dengan majlis watikah pelantikan yang telah berlangsung,
barisan MPP mengambil inisiatif permulaan untuk memperkenalkan diri kepada para pelajar secara langsung. Program ini bertujuan untuk beramah mesra dan memberitahu kepada pelajar tentang siapakah wakil-wakil MPP yang boleh mereka rujuk dalam tempoh setahun mendatang. Tanpa pelajar dengan sokongan yang berterusan, siapalah MPP. Antara agenda yang telah dilakukan adalah ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program (NYDP BJ) Saudara Merico dan ucapan dari YDP MPP Saudara Wan Azraei. Kemudian diikuti dengan persembahan slide pengenalan MPP, sesi cadangan, harapan, aduan, masalah dari pelajar dengan MPP, dan jamuan ringan.

Program ini telah berlangsung seperti berikut ;

Tarikh : 9 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.30 - 11.00pm
Tempat : Dewan Biru, Kampus Bestari Jaya

"Diharapkan agar segala permasalahan yang diajukan akan dapat pihak MPP keutarakan dan selesaikan, dan terima kasih atas sokongan, harapan, dan cadangan dari pihak pelajar kepada kami. Kami akan berusaha yang terbaik yang kami mampu dalam memperjuangkan hak kita semua. Terima kasih."



Subsequent with appointment ceremony have been done, SRC leaders attach an early initiative to introduce ourselves to all students directly. This program head for to be friendly and inform students about who is the representatives of SRC that they can refer a year period of time. Without students with long time supports, whose SRC. Interval agendas that had been done were the speech from Project Manager, Mr.Merico (NYDP) and from Mr. Wan Azraei (YDP). Then followed by slide show of SRC introduction, session of suggest, hope, prospects, report, and problems from student to SRC, and lastly with not heavy dishes.

This program done as the following ;

Date : 9th of April 2009
Day : Thursday
Time : 8.30 - 11.00pm
Place : Blue Hall, Bestari Jaya Campus
"Hopefully all problem mimicry will be obtain by SRC to top management and solved, and thank you for the support, hope, and suggests from students to us. We will try our best as long as we can in struggle of our rights. Thanks a lot "


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home