Saturday, January 9, 2010

ISU kenaikan yuran pendaftaran

PERBINCANGAN ISU KENAIKAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN
CATATAN MINIT DRPD YDP MPP
(09 JAN 10/1030PM)

Sebentar tadi beberapa MPP yang dipimpin oleh saya sendiri telah mengadakan pertemuan bersama Puan Bendahari unisel dan secara langsung MPP telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap kenaikan yuran semester kepada mahasiswa/I unisel.

2 sebab utama MPP merasakan bantahan segera perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan bersama. Saya minitkan perbincangan sebentar tadi secara ringkas bagi memberi maklumat awal kepada semua. Dibawah adalah 2 sebab utama bantahan dikemukakan:

1. KENAIKAN YURAN PENDAFTARAN SECARA TIBA-TIBA DAN TIADA NOTIS AWAL/ PEKELILING AWAL

Hasil perbincangan bersama Puan Bendahari, kenaikan ini bukanlah kenaikan yuran pendaftaran secara kekal tetapi hanya akan dikenakan kepada pendaftaran semester 2/09/10 dan pendaftaran semester 1/10/11 berikutan ketiadaan semester pendek tahun 2010. Yuran akan kembali kepada jumlah yuran pendaftaran seperti biasa bermula pendaftaran semester 2/10/11 dan seterusnya berikutan pengaktifan semula semester pendek (3/10/11).

Berikutan pemakluman kenaikan yuran pendaftaran secara tiba-tiba, Mahasiswa/I unisel dibenarkan bagi membayar jumlah asal iaitu RM230 atau RM 250 mengikut ambilan masing- masing dan baki akan ditolak daripada PTPTN ataupun mana-mana badan pinjaman/tajaan. Bagi mahasiswa/I yang tidak ditaja oleh badan pinjaman, anda dibenarkan untuk membayar sebelum anda bergraduan.

2. YURAN PENDAFTARAN DINAIKKAN TETAPI TIADA PERUBAHAN DARI SUDUT TEMPOH PEMBELAJARAN SEMESTER
(merujuk kepada alasan pihak bendahari yang mana yuran dinaikkan berikutan tempoh pembelajaran dipanjangkan)

Sebagaimana semua maklum, perubahan sementara jumlah yuran pendaftaran adalah berikutan pergantungan sementara semester pendek, oleh itu pihak universiti terpaksa menggambil langkah supaya sesi pembelajaran untuk dua semester dipanjangkan kepada lima bulan atau 18/20 minggu sesi pembelajaran berbanding sebelum ini 3 bulan setengah iaitu 14 minggu. Ini juga bertujuan supaya subjek semester pendek dapat dimasukkan kedalam semester panjang.

Tetapi MPP telah meneliti jadual pembelajaran semester hadapan yang mana tempoh pembelajaran tetap sama seperti sebelum ini dan ini telah diajukan kepada Puan Bendahari.

Keputusan bagi sebab ke2 ini belum dicapai atas pertimbangan yang mana Puan Bendahari perlu menyemak semula jadual bersama TNC HEA dan perbincangan lanjut bersama pihak pengurusan akan dilakukan dengan kadar segera.

Pertemuan dan perbincangan yang mengambil masa hampir 45 minit itu akan diteruskan dengan perbincangan pada hari yang lain selepas perbincangan diantara pihak pengurusan. MPP akan menggadakan sesi pertemuan seterusnya bersama Puan Bendahari secepat yang mungkin dan semestinya sebelum pendaftaran pelajar lama kelak.

Sekian Terima Kasih.


WAN AZRAEI BIN WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 20092010
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

28 Comments:

At January 9, 2010 at 4:17 PM , Anonymous Anonymous said...

sekiranya yuran pendaftaran boleh dibyr mangikut kadar lama dan bakinya di tolak dr akaun PTPTN,bagaimana pula dgn yuran hostel..adakah boleh ditolak dr akaun PTPTN..

 
At January 9, 2010 at 4:23 PM , Anonymous Anonymous said...

anon:
untuk pembayaran hostel, anda blh membayar Min RM400 sewaktu pendaftaran. Baki perlu dijelaskan sebelum tamat semester.tq

MPP~

 
At January 9, 2010 at 5:00 PM , Anonymous Anonymous said...

boleh jelaskn knape hostel rm1000?
sewaktu sem lepas dah bayar 200 dah kan.
ape ni??

 
At January 9, 2010 at 5:34 PM , Anonymous Anonymous said...

Ya.....
Bleh tolong jlaskn di sini mngape siswa dan siswi yg tggal di hostel prlu mmbayar RM 1000 utk hostel....????
Sdgkn sblum ni sem pnjang RM 800 shj.....

 
At January 9, 2010 at 6:00 PM , Anonymous cik anon said...

di hostel pn service teruk.
tambahan anjing merayau sana sini di dalam kawasan asrama,
baik di blok siswi, juge d blok D.
di masjid, taska, fitm.
bersepah2 anjing.
ape nie?

oh, tambahan ye..
kenapa unisel x sedia langsung mesin air? x bestnyerr....

 
At January 9, 2010 at 6:08 PM , Anonymous Aman said...

Erm. Bantahan untuk kenaikan yuran hostel takde ker? Kenapa tiba-tiba naik dari 800 kepada 1000? Kerana kalau mengikut point yang kedua tue, kalau takde perubahan dari sudut pembelajaran, maka buat apa nak habiskan lebih masa dan duit dengan duduk di hostel?

 
At January 9, 2010 at 6:38 PM , Anonymous Anonymous said...

setuju...kenapa kitaorg perlu membayar duit hostel utk 2 bulan lagi .sedangkan kitaorg duduk cuma 4 bulan saja.....

unisel telah latakkna beban kpd pelajar...satu sen pun sy x halalkan duit hostel yg x dgunakan saya tu...

sedar2 lah pihak pengurusan.sampai bila nak makan duit haram??

 
At January 9, 2010 at 6:47 PM , Anonymous Amal said...

RM287.50?
Kenapa secara tiba-tiba?

Yuran hostel pulak mcm mane boleh naik sampai RM1000..sedangkan tiada perubahan dari sudut tempoh pembelajaran semester n sebelum ni pihak jana niaga sendri ade keluar kan notis tiada kenaikan sewa hostel. bagi student yg da byr deposit hostel sebelum ni..nak kene byr rm1000 jugak or just tolak byr rm800 je?

*harap phak unisel & jana niaga ade alasan yg munasabah..

 
At January 9, 2010 at 7:08 PM , Blogger bukan nama sebenar said...

aku sanggup duduk luar jejauh campur sem ni dah 4 sem berturut2 semata2 nak lari dari bayar hostel yang entah apape tu...

dah la lepas tu kene buat clearance kan?

 
At January 9, 2010 at 10:56 PM , Anonymous Anonymous said...

terima kasih kpd pihak MPP kerana tanpa berlenggah bermusyawarah dgn pihak atasan.

harap ape pihak MPP nyatakan dlm entri kali ni bley mjadi "perisai" pd hari pndaftaran nnt..

 
At January 9, 2010 at 11:49 PM , Anonymous Anonymous said...

piha pengurusan kene ingat yang duduk kat asrama nie student.nilai rm1000 tu amat membebankn bg kami.kalau nak duit lebih mintak kt dato. najib.haha.dia jual kapal selam dpt byk duit tu.
;p

 
At January 10, 2010 at 2:13 AM , Anonymous Anonymous said...

CALL DAN HEBOHKAN DI MEDIA, TV3, dan hebohkan perkara ni. kata universiti penuh milik kerajaan selangor (pakatan rakyat) tapi membebankan student. sure jadi issue, UNISEL MEMBEBANKAN!!

 
At January 10, 2010 at 1:37 PM , Anonymous muhas said...

unisel ni nak duit jerk...

 
At January 10, 2010 at 8:37 PM , Anonymous Anonymous said...

Hebohkan kepada pihak media adalah adea yang paling bernas....
Selagi kita xbuat apa2,selagi 2 diorang pijak kepala kita....

 
At January 10, 2010 at 11:30 PM , Anonymous Anonymous said...

wow.. i didn't know MPP had a blogsite. U guys should publicize it more.

increase in registration fee - ok lah, maybe Unisel is going Bankrupt.
But increase in Hostel fee does not make any sense at all. We used to pay RM200 per month, with 4 months in a semester. so the total fee was RM800 which used to make sense. If they suddenly increase it to RM1000, this is pure madness.

Unless UNISEL comes up with a good explanation, this is a breach of contract. they are exploiting out student rights. We can sue them.

 
At January 11, 2010 at 5:37 PM , Anonymous Anonymous said...

increase in registration fee - ok lah, maybe Unisel is going Bankrupt.
minah
kalo nek registration is ok???.
kami yg dok lua nie,uma sewa lg..
xpk???
kalo hostel dorg nek,bole lari lua...
bia jana niaga bankrupt...
tp registration fee nie,ktorg xley lari...
sma kene baya...
ingt 2,...

 
At January 12, 2010 at 11:08 AM , Anonymous dude said...

so, ape result die?
sok nk reg dah ni.
kalo bayar hostel half dlu bleh x?

 
At January 12, 2010 at 2:13 PM , Anonymous Anonymous said...

thanx a lot abg MPP..v^_^

 
At January 12, 2010 at 3:43 PM , Anonymous Anonymous said...

salam

PLZ keluarkan memo di website unisel dgn segera!!!

 
At February 1, 2010 at 10:53 AM , Anonymous NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) said...

AKUM..DAN SALAM PERJUANAGAN...
SAYA NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN...
PLJAR SEM AKHIR ISM SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) FITM...
YG KNI MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI PEJABAT DAERAH & TANAH SABAK BERNAM DI SUNGAI BESAR,SELANGOR...
PADA MINGGU LPS...
SAYA TELAH DIHUBUNGI OLEH UNIT REKOD UTK MENGAKTIFKAN DIRI DI UNIT REKOD UNISEL...
JD,PD 29 JAN 2010, SAYA MENGAMBIL CUTI UTK KE UNIT REKOD UNISEL...
SETIBANYA DI SANA..SAYA DI MINTA UTK MMBUAT BAYARAN RM 250 DI UNIT BENDAHARI TERLEBIH DAHULU...
JDI SAYA KE UNIT BENDAHARI UTK BERTANYA TENTANG BYRAN RM 250 ITU...
ALANGKAH TERKEJUTNYE SAYA APABILA DIBERITAHU BHWA PELAJAR YG MNJALANI LATIHAN PRAKTIKAL JUGA MESTI MEMBAYAR RM 250 ITU...
RM 250 ITU ADLH TERDIRI DRPD YURAN UTK MAKMAL,PERPUSTAKAAN,KLINIK DAN JUGA PERKHIDMATAN INTERNET...
JD SAYA AMT TDK BERPUASHATI KERANA SEOLAH-OLAH SAYA DIPAKSA UTK MMBAYAR ITU SEMUA SEDANGKAN SAYA TDK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITU SEPANJANG SAYA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI INI...
OLEH ITU SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UTK TDK MMBAYAR RM 250 ITU...
DAN SEHINGGA KINI STATUS SAYA DI UNIT REKOD ADALAH BERSTATUS `TIDAK MENERUSKAN PENGAJIAN`...
MUNGKIN PELAJAR2 LAIN YG MNJALANI LATIHAN INDUSTRI SEPERTI SAYA HNYA TRUS MMBAYAR SAHAJA RM 250 ITU KERANA MERAKA MALAS MAHU MENEGAK KAN KEADILAN DAN HAK-HAK MEREKA SBGI MAHASISWA...
JADI,SAYA MENYERU KPD PIHAK MPP UNISEL UTK MMBANTU SAYA DLM MENYELESAIKAN MSLAH INI DAN DIBAWA KPD PIHAK ATASAN UNISEL...
SAYA AMAT2 YAKIN DAN BERHARAP AGR PIHAK MPP UNISEL DPT MENYELESAIKANYE DGN SEBAIK MUNGKIN...
KERANA MPP UNISEL SBNR NYE MMPUNYAI KUASA YANG AMT BESAR DAN KUAT BG SAYA...
SAYA SBNR NYE JUGA ADLAH SEPERTI `PEJUANG` KPDA `ADIK-ADIK` SAYA YG MSIH BELAJAR DI UNISEL DAN YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI SEPERTI SAYA SUATU HARI NTI...
MAHASISWA PERLU TEGAS , BERANI DAN INTELEKTUAL !!!
SEBARANG PERKEMBANG DAN MAKLUMAT MENGENAI MASALAH INI BOLEH LAH MENGHUBUNGI SAYA DI NO. 017-2029303...
SEKIAN...TERIMA KASIH...AKUM...

 
At February 1, 2010 at 11:01 AM , Anonymous NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) said...

AKUM..DAN SALAM PERJUANGAN BT SELURUH WARGA UNISEL...
SAYA NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN...
PLJAR SEMESTER AKHIR ISM SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) FITM...
YG KINI MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI PEJABAT DAERAH & TANAH SABAK BERNAM DI SUNGAI BESAR,SELANGOR...
PADA MINGGU LPS...
SAYA TELAH DIHUBUNGI OLEH UNIT REKOD UTK MENGAKTIFKAN DIRI DI UNIT REKOD UNISEL...
JDI,PD 29 JAN 2010, SAYA MENGAMBIL CUTI UTK KE UNIT REKOD UNISEL...
SETIBANYA DI SANA..SAYA DI MINTA UTK MMBUAT BAYARAN RM 250 DI UNIT BENDAHARI TERLEBIH DAHULU...
JDI SAYA KE UNIT BENDAHARI UTK BERTANYA TENTANG BYRAN RM 250 ITU...
ALANGKAH TERKEJUTNYE SAYA APABILA DIBERITAHU BHWA PELAJAR YG MNJALANI LATIHAN PRAKTIKAL JUGA MESTI MEMBAYAR RM 250 ITU...
RM 250 ITU ADLH TERDIRI DRPD YURAN UTK MAKMAL,PERPUSTAKAAN,KLINIK DAN JUGA PERKHIDMATAN INTERNET...
JD SAYA AMT TDK BERPUASHATI KERANA SEOLAH-OLAH SAYA DIPAKSA UTK MMBAYAR ITU SEMUA SEDANGKAN SAYA TDK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ITU SEPANJANG SAYA MENJALANI

LATIHAN INDUSTRI INI...
OLEH ITU SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UTK TDK MMBAYAR RM 250 ITU...
DAN SEHINGGA KINI STATUS SAYA DI UNIT REKOD ADALAH BERSTATUS `TIDAK MENERUSKAN PENGAJIAN`...
MUNGKIN PELAJAR2 LAIN YG MNJALANI LATIHAN INDUSTRI SEPERTI SAYA HNYA TRUS MMBAYAR SAHAJA RM 250 ITU APABILA DIPINTA KERANA MEREKA MALAS MAHU MENEGAKAN KEADILAN

MEREKA DAN HAK-HAK MEREKA SBGI SEORANG MAHASISWA YANG TEGAS , BERANI DAN INTELEKTUAL...
JADI,SAYA MENYERU KPD PIHAK MPP UNISEL UTK MMBANTU SAYA DLM MENYELESAIKAN MSLAH INI DAN HARUS DIBAWA KPD PENGETAHUAN PIHAK ATASAN UNISEL...
SAYA AMAT2 YAKIN DAN BERHARAP AGR PIHAK MPP UNISEL DPT MENYELESAIKAN MSLAH SAYA INI DGN SEBAIK MUNGKIN...
KERANA MPP UNISEL SBNR NYE MMPUNYAI KUASA YANG AMT BESAR DAN AMT KUAT BG SAYA...
SAYA SBNR NYE JUGA ADLAH SEPERTI `PEJUANG` YANG MEWAKILI `ADIK-ADIK` SAYA YG MSIH BELAJAR DI UNISEL DAN YANG AKAN MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL SEPERTI SAYA SUATU HARI

NTI...INSYALLAH...
BAGI SAYA MAHASISWA PERLU TEGAS , BERANI DAN INTELEKTUAL... !!!
SEBARANG PERKEMBANG DAN MAKLUMAT MENGENAI MASALAH INI BOLEH LAH MENGHUBUNGI SAYA DI NO. 017-2029303...
SEKIAN...TERIMA KASIH...AKUM...

 
At March 4, 2010 at 3:57 PM , Blogger FARDLEE said...

aku budak praktikal gak..tapi kena suruh byr gak yuran pendaftaran...tapi diorang x call aku..aku call diorang..masalah sekarang bila aku call nak aktifkan balik status...diorang(unit rekod) tak pernah angkat....macam mana ni?makan gaji buta ke?

 
At March 4, 2010 at 3:59 PM , Blogger FARDLEE said...

btw, yuran pendaftaran dah byr gak..tpi tu la nak aftif status..no ni btl x?32898660?

 
At April 21, 2010 at 11:09 AM , Anonymous Anonymous said...

makin mahal skang ...call this number utk direct ke pjbt bendahari..pencekik darah duit student cik ashikin - 033280 5043
Saye ex student dah 9 thun dulu...unisel mntak duit kat saye smlm...tuduh saye tak byr yuran..giler...

 
At April 21, 2010 at 11:13 AM , Anonymous Anonymous said...

mmg patut bgthu suratkhbar,tv3,ada org dalam cakap UNISEL nk buat audit..jadi mana dapat je diorang nk duit...mmg giler duit unisel ni...dah byk sgt tertipu ngn unisel ni...sape yg ada adik2...anak2...jgnla masukkan kt unisel..nyesal tak sudah...

 
At April 29, 2010 at 4:48 PM , Anonymous NAZRULLAH BIN JAMALUDDIN (017-2029303) said...

http://www.unisel.edu.my/index.php/directories

 
At June 8, 2012 at 9:59 AM , Anonymous Anonymous said...

Minta Pak Nuar berahim tolong sikit la. Hari tu dia beriya tuntut free education. Skrg ni mai lah kt Unisel... Bodoh Aljuburi

 
At March 30, 2014 at 12:21 PM , Blogger minyakpanas said...

INILAH DIA PENDIDIKAN PERCUMA YG DIJANJIKAN OLIH PAKATAN RAKYAT YG DITERAJUI OLIH PARTI KEADILANCAUKAN RAKYAT YG DI KEPALAI OLIH PELIWAT YG AKAN MENJADI BANDUAN DI PENJARA KAJANG

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home