Sunday, December 20, 2009

Kursus Gerak Terakhir MPP


Kursus Gerak Terakhir (GT) adalah sebuah kursus yang dijalankan bagi semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010. Kursus ini adalah berikutan dengan perkhidmatan semua ahli MPP yang akan tamat pada 31 Mac 2010. Pelbagai perkara berbangkit akan diusul, perancangan dan memperkemas tindakan lanjut diadakan.
Berikut adalah objektif GT tersebut :

1. Postmortem FESKONISEL 2009
2. Pengurusan MTS Sesi Januari 2010
3. Persediaan Program Utama untuk semester hadapan.
4. Laporan Kecemerlangan MPP
5. Modul MPP
6. Pencarian penajaan untuk program hadapan

Berikut adalah butiran kursus :

Tarikh : 15 Disember 2009 hingga 25 Disember 2009
Masa : 10 pagi hingga 12 malam.
Aktiviti : Senaman, LDK, Briefing, Meeting, Persiapan laporan, proposal, Gerakan Pencarian Penajaan, Feedback, Kemaskini Tugas dan sebagainya.
Jumlah peserta : 27 orang ahli dari kampus BJ dan SA.

Semoga segala yang dilakukan mendapat keberkatan-Nya dan mencapai objektif sasaran. Diharapkan juga semua ahli sentiasa bekerjasama dan saling membantu melaksanakan tugas diberi. Tahniah kepada semua yang telah hadir dan terlibat dengan kursus ini. Semoga pengorbanan masa cuti anda membawa faedah, pengalaman di samping komitmen dan tanggungjawab yang telus. Terima kasih.



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home