Monday, June 22, 2009

Program Sekitar UNiSEL :: 20-21 Jun 2009


Bengkel ICT yang dijalankan pada 20 - 21 Jun 2009 diikuti oleh lebih kurang 28 para mahasiswa/i dan beberapa staf UNiSEL, termasuk 4 orang wakil MPP . Program yang diuruskan oleh Kelab Permata, PKNS tersebut diadakan di Makmal Komputer GL209 Fakulti Industri Teknologi Maklumat, UNiSEL BJ pada jam 8.30 pagi - 5 petang. Semua peserta dilatih bagaimana menghasilkan Mini Site yang mampu menjana pendapatan melalui Internet, E-Commerce. Berikut adalah gambar perjalanan bengkel.


Di IPIS, masih tidak lengang dikunjungi tetamu pada hari berikutnya selepas tamat Pesta Sukan PASTI. 2 hari sebelum yang dipenuhi dengan kanak-kanak tadika PASTI, kini IPIS menerima kunjungan pelajar-pelajar Tingkatan 4, SMK Seri Andalas, Klang. Kedatangan mereka adalah untuk mengikuti program English Camp 2009 anjuran para mahasiswa/i semester 6 & 7, jurusan ISM Pendidikan TESL. Program tersebut telah disambut baik oleh pihak sekolah. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan wajib sepanjang perjalanan program. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Ice-Breaking, ExploRace sekitar IPIS, Seri Andalas Idol dan sebagainya. Dimaklumkan bahawa camp ini mempunyai siri seterusnya. Tahniah mahasiswa/i UNiSEL.

Makluman juga mengenai perjalanan-perjalanan program anjuran Kelab/Persatuan yang telah diadakan di luar kawasan UNiSEL. Antara yang telah mengadakan aktiviti adalah Kelab Sekretariat Rakan Muda, UCCA, i-Rakan, dan lain-lain. Begitu juga dengan para mahasiswa/i yang terlibat sempena majlis pelancaran sambutan 10 tahun UNiSEL yang kerap mengadakan latihan di Dewan Utama.

Tahniah kepada wakil pasukan FK yang beraksi di Perodua Eco-Challenge dan memenangi tempat ke-3, wakil-wakil UNiSEL yang turut beraksi di Liga Sukan di Shah Alam, dan semua mahasiswa/i yang mengikuti program anjuran Kelab, Persatuan, Exco MPP, Fakulti, program subjek dan sebagainya. Anda telah menggunakan cuti sabtu ahad dengan sebaiknya. :)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home