Pembentukan Jawatankuasa RKS UNiSEL BJ
Perhatian kepada semua penghuni Residen Komuniti Siswa (RKS) Kampus Bestari Jaya, UNiSEL. Pihak Exco Kebajikan, Penginapan & Aduan MPP (KPA MPP) dengan kerjasama Jana Niaga Sdn. Bhd. akan membentuk sebuah organisasi bagi para mahasiswa/i yang menginap di dalam kampus.
-----------
Pembentukan jawatan kuasa Residen Komuniti Siswa (JK RKS) adalah bertujuan untuk menghidupkan suasana universiti yang sihat. Penubuhan JK RKS dapat mengisi masa lapang mahasiswa/i yang menghuni residen pada hujung minggu dan waktu senggang dengan forum, aktiviti sukan dan program-program yang dirancang secara berterusan. Selain itu, komuniti ini juga sebagai medium kepada mahasiswa/i untuk menjalin ikatan yang lebih mesra dan sihat tanpa mengira umur, bangsa, agama dan latar belakang. JK RKS juga bertujuan untuk mewujudkan satu mekasnisme sebagai platform bagi membendung mahasiswa/i agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti dadah, lumba haram, melepak dan gejala sosial lain yang melampaui pada masa kini.
----------
Oleh itu temuduga jawatan kuasa residen akan dijalankan dengan butiran berikut ;

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tarikh : 23,24 dan 25 Jun 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : BK 20 FSP (Pengajian Bahasa dll)
-------
Semua pelajar yang menginap di RKS UNiSEL BJ, dan berminat adalah dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Sekian, terima kasih.
----------
Sila bawa bersama 1 keping gambar berukuran pasport dan hadir dengan berpakaian semi-formal.
Labels: Bulletin of UNiSEL B.J
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home