Thursday, June 25, 2009

MPP: Memorandum kepada MB

MEMORANDUM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

23 JUN 2009


TUJUAN
Tujuan memorandum ini adalah untuk mengemukakan beberapa permintaan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada mahasiswa/i Universiti Industri Selangor.


1. MEMOHON AGAR DINAIK TARAF JALAN KG RANTAU PANJANG

Jalan Kg Rantau Panjang merupakan jalan penghubung antara UNiSEL dan Jalan utama Rantau Panjang, ia merupakan jalan alternatif kepada seluruh warga UNiSEL untuk ke UNiSEL dari Rawang mahupun dari Pekan Bestari Jaya.

Sejak akhir-akhir ini, sedikit penaiktarafan telah dilakukan keatas jalan Kg Rantau Panjang ini memandangkan ia merupakan jalan penghubung utama UNiSEL dengan Bandar mahupun Pekan terdekat. Boleh dikatakan ia merupakan jalan utama dan paling banyak dilalui oleh kenderaan yang menuju ke UNiSEL.

Bagaimanapun, jalan ini agak berbahaya memandangkan ia terlalu sempit dan berliku-liku. Banyak kemalangan telah direkodkan berlaku disepanjang jalan Kg Rantau Panjang ini.
Oleh sebab itu, kami mengharapkan beberapa penambahbaikan dapat dilakukan untuk menjamin kesejahteraan bersama antaranya:

• Melakukan pemasangan lampu jalan disepanjang Jalan Kg Rantau Panjang.
• Membesarkan ataupun melebarkan Jalan Kg Rantau Panjang.

2. MENGGESA PERHATIAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG ISU SEGELINTIR PENDUDUK KG BESTARI JAYA MENGGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP MAHASISWA/I UNISEL DENGAN MENGENAKAN BAYARAN SEWA RUMAH YANG TINGGI DAN TIDAK BERPATUTAN.

Secara umumnya kemudahan asrama di Unisel tidak mampu untuk menampung kapasiti mahasiswa/i. Mahasiswa/i Unisel selebihnya menginap di sekitar Bestari Jaya dengan kadar sewa yang keterlaluan. Kami memohon agar kerajaan Negeri Selangor menimbang beberapa cadangan yang Majlis Perwakilan Pelajar usulkan.

• Mengadakan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dengan Pihak berkuasa tempatan bagi menggariskan satu prosedur yang mesra dan tidak membebankan mahasiswa.

• Menyewa unit-unit kediaman untuk dijadikan kawasan penginapan(Kediaman Luar) bagi mahasiswa/i Unisel


PENUTUP
Majlis Perwakilan Pelajar UNiSEL ingin mengemukakan permintaan ini untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor. Kami percaya bahawa permintaan ini jika diterima boleh menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh warga UNiSEL saban tahun. Kami turut menyanjung dan percaya kepada prinsip yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang mana merupakan Negeri Berkebajikan. Sepenuh sokongan terhadap Kerajaan dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat.


……………………………………………………
WAN AZRAEI BIN HJ WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home