Saturday, January 30, 2010

MPP bersama Mahasiswa/ baru Tahun Asas

Pada 29 Januari 2010 bertempat di Perpustakaan UNISEL kampus BJ, telah diadakan serba sedikit penerangan MPP bersama Mahasiswa/i baru pengajian Tahun Asas yang baru sahaja berdaftar. Sejumlah ~50 orang pelajar telah diraikan pada petang tersebut. Selamat datang diucapkan kepada semua dan tahniah kerana memilih UNISEL untuk meneruskan pengajian.

Labels:

Penyerahan Amanat Perpindahan Fakulti

29 Januari 2010 : Program Sepetang Bersama Presiden (Naib Canselor) telah diadakan di Dewan Utama UNISEL . Antara agenda program tersebut adalah penyerahan amanat bahawasanya Fakulti Perniagaan akan berpindah ke kampus satelit UNISEL Shah Alam. Atas dasar penyerahan amanat oleh NC, maka bermula semester hadapan, para pelajar Fakulti Perniagaan akan memulakan pengajian semester seterusnya di UNISEL kampus Shah Alam. Sekian.

Labels: ,

Friday, January 29, 2010

Sekitar Minggu Tekad Siswa UNISEL BJ Sesi Januari 2010

MINGGU TEKAD SISWA adalah sebuah program yang dianjurkan khas bagi meraikan semua mahasiswa/I baru UNISEL. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, UNISEL. Di MTS, para mahasiswa/I baru akan mendapat pelbagai maklumat mengenai universiti dan proses pembelajaran yang bakal dilalui. Semoga semua mahasiswa/I baru akan berasa seronok menjalani program ini. Jadikan pahit dan manis sepanjang MTS berlangsung sebagai suatu kelebihan untuk menjalin silaturahim sesama kita dan untuk lebih mengenali alam pembelajaran di universiti. Tahniah kerana telah menjadi warga UNISEL (^~^).

-------------------------------------------------

Pada 9 Januari sehingga 13 Januari 2010, program MTS bagi sesi Januari 2010 telah diadakan secara rasminya. Di kampus Bestari Jaya, sejumlah ~600 pelajar baru telah diraikan. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah berlaku dan dikongsi bersama. Seramai ~70 orang fasilitator yang telah dipilih telah bekerjasama dengan ahli MPP untuk menjayakan MTS tersebut. Pelbagai penerangan dan aktiviti telah diadakan sepanjang MTS ini. Semua info bergambar boleh dilihat dan dikomen di laman Facebook MPPUNISEL dan laman facebook para fasilitator. Sebagai info tambahan, MTS kali ini adalah MTS ketiga anjuran MPP sesi kali ini dan merupakan MTS terakhir kendalian kami. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran MTS kali ini secara khasnya di kampus BJ. Sekian. :)

Labels: ,

Friday, January 22, 2010

Seminar Motivasi Keusahawanan

Exco Keusahawanan, Ekonomi & Kerjaya akan menganjurkan Seminar Motivasi Keusahawanan bertajuk "Bagaimana Nak Menjadi Usahawan Yang Berjaya?". Berikut adalah butiran program;

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Lecture Theater (LT-FSP)
Pakaian : Semi-Formal
Bayaran : PERCUMA (termasuk makanan dan sijil)

Kepada yang berminat sila hubungi (beri nama, no ic). Tempat adalah terhad...

Basyirah bt Mohd Daud : 019-5930696

Labels:

Program Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Negeri Selangor

Antara program-program yang dijalankan adalah seperti berikut :

Forum Perdana Hal Ehwal Islam
"Hebatnya Hidup Berlandaskan Islam"
22 Januari 2010 (Jumaat)
8.30 Malam

Pertandingan Bahas Hijrah
Sekolah Menengah di Negeri Selangor
23 Januari 2010 (Sabtu)
8.30 Pagi

Festival Nasyid
Peringkat Negeri Selangor
23 Januari 2010 (Sabtu)
2.00 Petang

Tempat:
Dewan Utama
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Bestari Jaya Kuala Selangor

"Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir..!"

Penganjur bersama;
UNISEL & JAIS

Dengan kerjasama :
Lembaga Zakat Selangor

Labels:

Friday, January 15, 2010

Penyerahan Resolusi Hasil GT MPP 09

Pada tarikh 29-30 Disember 2009, antara agenda GT (Gerak Terakhir) MPP UNISEL adalah utk menghasilkan resolusi kepada seluruh pentadbiran di UNISEL. Jadi berikut adalah antara resolusi yang telah diserahkan dan kini dalam proses mendapatkan reaksi positif dari pihak-pihak berkenaan ;

Senarai penyerahan resolusi kepada pentadbiran :

1. Fakulti Industri Teknologi Maklumat
2. Fakulti Pendidikan dan Pengajian Bahasa
3. Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri
4. Fakulti Kejuruteraan
5. Fakulti Aplikasi Sains Gunaan dan Matematik
6. Fakulti Perniagaan
7. Kafe Utama UNISEL
8. Unit Keselamatan UNISEL
9. Unit Bendahari UNISEL
10. Unit HEP UNISEL
11. Unit Konvokesyen UNISEL
12. Unit Perpustakaan UNISEL
13. Institut Pengajian Industri Sukan (IPIS) UNISEL
14. Residen Jana Niaga Sdn. Bhd.
15. Unit Kaunseling UNISEL
16. Unit HEA UNISEL
17. Unit Rekod UNISEL
18. Unit Peperiksaan UNISEL
19. Unit Pemasaran UNISEL

.... (akn diupdate)

Labels:

Tuesday, January 12, 2010

UPDATED: ISU Perubahan Kadar Bayaran Yuran

PERBINCANGAN II & III
ISU KENAIKAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN
CATATAN MINIT DRPD YDP MPP
12 JAN 10/1.00PM (SELASA)

PERBINCANGAN II
Bertempat di Pejabat Bendahari Shah Alam
11 JAN 10: 10AM (ISNIN)

SESI 1 (10AM – 1030AM)
Setelah bantahan rasmi disuarakan MPP terhadap perubahan kadar bayaran yuran pendaftaran dan perbincangan pertama berlangsung pada hari Sabtu (9 JAN 10), hari ini beberapa wakil MPP yang dipimpin saya telah mengadakan perbincangan kedua di pejabat Puan Bendahari di unisel Shah Alam.

MPP sekali lagi mengemukakan sebab-sebab ketidakwajaran diatas perubahan kadar bayaran yuran pendaftaran dan tetap menyatakan bantahan terhadap perubahan ini.

Setelah MPP membentangkan sebab-sebab bantahan terakhir, maka sekali lagi Puan Bendahari menyatakan pertimbangan dari semua pihak pengurusan diperlukan terutama Dato’ Naib Cancelor sebelum keputusan akhir dibuat setelah meneliti sebab bantahan dari MPP.

Oleh itu, kami menunggu keputusan sementara perbincangan antara Puan Bendahari dan Pihak Pengurusan berlangsung.

SESI2 (130PM – 2PM)
Perbincangan ke2 diteruskan dan kami mendapat kata balas yang baik dari Puan Bendahari tetapi malangnya keputusan tidak dapat diputuskan hari ini memandangkan Dato’ Naib Cancelor bercuti hari ini.

MPP diberi jaminan bahawa keputusan akan diputuskan esok iaitu hari SELASA.

PERBINCANGAN III
Dewan Utama UNISEL BJ
12 JAN 11: 10AM (SELASA)

Setelah menunggu hampir sejam perbincangan antara pihak pentadbiran dan akhirnya keputusan dimaklumkan secara lisan oleh Puan Bendahari bahawa PERUBAHAN KADAR BAYARAN YURAN DIBATALKAN. Dengan itu, mahasiswa/I mendaftar dengan bayaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM 230 atau RM 250 dan bayaran hostel RM 800 atau RM 600 (bagi yang telah membayar deposit RM200)

MPP mengharapkan keputusan ini mampu untuk memberi sepenuh penjelasan terhadap usaha yang telah dibangkitkan oleh MPP. Kenyataan bertulis daripada pihak bendahari akan menyusul samada hari ini ataupun esok.

Salam Kasih Sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 20092010
Universiti Industri Selangor

Saturday, January 9, 2010

ISU kenaikan yuran pendaftaran

PERBINCANGAN ISU KENAIKAN JUMLAH YURAN PENDAFTARAN
CATATAN MINIT DRPD YDP MPP
(09 JAN 10/1030PM)

Sebentar tadi beberapa MPP yang dipimpin oleh saya sendiri telah mengadakan pertemuan bersama Puan Bendahari unisel dan secara langsung MPP telah mengemukakan bantahan rasmi terhadap kenaikan yuran semester kepada mahasiswa/I unisel.

2 sebab utama MPP merasakan bantahan segera perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan bersama. Saya minitkan perbincangan sebentar tadi secara ringkas bagi memberi maklumat awal kepada semua. Dibawah adalah 2 sebab utama bantahan dikemukakan:

1. KENAIKAN YURAN PENDAFTARAN SECARA TIBA-TIBA DAN TIADA NOTIS AWAL/ PEKELILING AWAL

Hasil perbincangan bersama Puan Bendahari, kenaikan ini bukanlah kenaikan yuran pendaftaran secara kekal tetapi hanya akan dikenakan kepada pendaftaran semester 2/09/10 dan pendaftaran semester 1/10/11 berikutan ketiadaan semester pendek tahun 2010. Yuran akan kembali kepada jumlah yuran pendaftaran seperti biasa bermula pendaftaran semester 2/10/11 dan seterusnya berikutan pengaktifan semula semester pendek (3/10/11).

Berikutan pemakluman kenaikan yuran pendaftaran secara tiba-tiba, Mahasiswa/I unisel dibenarkan bagi membayar jumlah asal iaitu RM230 atau RM 250 mengikut ambilan masing- masing dan baki akan ditolak daripada PTPTN ataupun mana-mana badan pinjaman/tajaan. Bagi mahasiswa/I yang tidak ditaja oleh badan pinjaman, anda dibenarkan untuk membayar sebelum anda bergraduan.

2. YURAN PENDAFTARAN DINAIKKAN TETAPI TIADA PERUBAHAN DARI SUDUT TEMPOH PEMBELAJARAN SEMESTER
(merujuk kepada alasan pihak bendahari yang mana yuran dinaikkan berikutan tempoh pembelajaran dipanjangkan)

Sebagaimana semua maklum, perubahan sementara jumlah yuran pendaftaran adalah berikutan pergantungan sementara semester pendek, oleh itu pihak universiti terpaksa menggambil langkah supaya sesi pembelajaran untuk dua semester dipanjangkan kepada lima bulan atau 18/20 minggu sesi pembelajaran berbanding sebelum ini 3 bulan setengah iaitu 14 minggu. Ini juga bertujuan supaya subjek semester pendek dapat dimasukkan kedalam semester panjang.

Tetapi MPP telah meneliti jadual pembelajaran semester hadapan yang mana tempoh pembelajaran tetap sama seperti sebelum ini dan ini telah diajukan kepada Puan Bendahari.

Keputusan bagi sebab ke2 ini belum dicapai atas pertimbangan yang mana Puan Bendahari perlu menyemak semula jadual bersama TNC HEA dan perbincangan lanjut bersama pihak pengurusan akan dilakukan dengan kadar segera.

Pertemuan dan perbincangan yang mengambil masa hampir 45 minit itu akan diteruskan dengan perbincangan pada hari yang lain selepas perbincangan diantara pihak pengurusan. MPP akan menggadakan sesi pertemuan seterusnya bersama Puan Bendahari secepat yang mungkin dan semestinya sebelum pendaftaran pelajar lama kelak.

Sekian Terima Kasih.


WAN AZRAEI BIN WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 20092010
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Tuesday, January 5, 2010

Laporan Kursus Gerak Terakhir MPP 2009

30 Disember 2009 : Secara rasminya Kursus Gerak Terakhir MPP 2009 telah berakhir. Walaupun terdapat perubahan tarikh yang telah diubah iaitu sambungan kursus pada 28hb - 30hb Disember 2009, namun hal tersebut tidak mematahkan semangat sebahagian peserta kursus untuk mencapai objektif utama kursus ini. Berikut adalah gambaran sepanjang kursus berlangsung ;

Antara aktiviti-aktiviti rutin yang telah dijalankan sepanjang kursus;



Pada 3 hari terakhir tersebut, penyerahan kesemua resolusi telah dilakukan.

Demonstrasi penyerahan resolusi. Laporan berkenaan resolusi
akan dicatat di catatan seterusnya.


Sempena Makan Malam Mengimbau Kenangan GT MPP 2009;


Penyerahan sijil kursus kepada semua peserta;


Tahniah kepada semua para peserta iaitu MPP 09/10 yang telah terlibat dengan kursus ini dengan jayanya. (",)

Labels:

Senarai FMTS UNISEL BJ Sesi Januari 2010

Berikut adalah senarai Fasilitator Minggu Tekad Siswa bagi Sesi Kemasukan Januari 2010, kampus UNISEL Bestari Jaya. Seramai 70 orang telah dipilih ;
-------------------------------------------------
Abdul Wahab Bin Hamzah
Ahmad Hisham Bin Ahmad Taib
Ahmad Shahir Bin Mohd Sahran
Arun A/L Thamilvaanan
Asyrulilawaty Abd Hamid
Azim Bin Md Kasim
Azri Izzat Bin Ahmad
B.Veera Sharmaraj
Daphne Anak Malong
Esther Bin Family Sabin
Fatin Asyiqin Bt Rosli
Gan Huey Siang
Hasyati Binti Hashim
Hemma A/P Kantasamy
Izreen Fara Bt Rosli
Joanna Tiffany Selamat
Kalpala A/P Sreedharan
Kam Mei Yi
Kanchanai Devisri A/P Dhanabalan
Kek See Rui
Lim Kong Sir
Liong Thian Siang
Mariammah Subramaniam
Mathew Mahen Kumar A/L Komorasamy
Mohamad Farez Bin Ahmad Arbahen
Mohamad Saifful Bin Hassan
Mohammad Nazrul Haizam Bin Marzuki
Mohd Amezee Bin Abu Bakar
Mohd Anwar Syafiq Bin Mohd Jafri
Mohd Azlan Shah Bin Mohd Shah
Mohd Fikri Bin Hamdan
Mohd Jamallulail Bin Musa
Mohd Khairul Hazwan Bin Ridzwan
Mohd Nasrullah Bin Mohd Nasir
Mohd Syafiq Ridzwan Bin Ahmad
Muhammad Addin Bin Ali Kunji
Muhammad Ghazawi Bin Zulkarnain
Muhd Fauza Bin Che Zaudin
Ng Wei Bin
Nithya A/P Gopalan
Nor Fahima Binti Tumadi
Nor Izzati Binti Muhamad
Norfarahana Bte Aziz
Nur Adilla Alek Amran
Nur Khairunnisa Bt Shaharum
Nur Syakirin Binti Mohamad Ariff
Nur Syakirin Bt Samsudin
Nurfarahin Bt Abdul Aziz
Nurul Farhana Bt Jamari
Omar Hamdi Bin Ghazali
Ong Kok Yong
Pravendran A/L Muthu
Ramanan
Safuan Azari Bin Hj Ibrahim
Salleh Bin Mustajap
Santhos Kumari Mohan Dass
Siti Ashikin Bt Abu Hassan
Siti Hajar Binti Mohd Rashid
Siti Syuhada Bt Ahmad
Suliati Abdullah
Tan Lay Kiaw
Tan Xiao Teng
Thanasilan A/L Nadarajah
Thelaga A/L Subramaniam
Ubaidah Somadiyah Bt Hashim
Veeni A/P Perumal
Vikneswary A/P Harikrishnan
Wardi Majdiah Bt Thaharani
Zamzuriana Bte Rosly
Zurina Bt Jaafar
------------------------------------
Semua fasilitator diminta untuk mendaftarkan diri dengan butiran berikut;
Tarikh : 5hb Januari 2010
Tempat : PKP UNISEL BJ
Masa : 2.00pm - 5.00pm
----------------------------------------
Kursus Induksi akan diadakan pada 6hb sahaja di Dewan Senat, UNISEL.

Labels: