Wednesday, September 30, 2009

Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim














Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)kampus Shah Alam dan Persatuan Pembangunan Modal Insan (PMI), Unisel telah membuat program sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini dengan Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim. Jemputan utama kami adalah anak yatim dari pelajar Unisel sendiri dan turut diraikan bersama adalah anak2 yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih(RALK), Batu 3, Puchong. Permulaan majlis diatur dengan aktiviti memasak bubur lambuk dan turut mendapat kunjungan daripada Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Rosti Saruwono yang turut bersama mengacau bubur lambut. Pada tengah hari kami menerima tetamu anak2 yatim dari RALK pada pukul 3.30 petang. Mereka diserikan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur.Petang yang sejahtera, ketiban tetamu kehormat dr majlis tertinggi Unisel dan para penaja. Waktu berbuka telah pun masuk dengan laungan azan oleh saya sendri. Selesai makan dengan juadah ringan kami solat maghrib berjemaah yang di imam oleh imam surau Mawadah seksyen 7. Selepas itu juadah makanan berat dinikmati. Kami solat isyak berjemaah dan solat terawikh. Aktiviti seterusnya bacaan tadarus di ketuai Al-hafiz serta barisan saf pelajar2 Unisel yang telah menghidupkan majlis tadarus Al-quran. Majlis di akhiri dengan Solawat keatas baginda Rasulullah dan bersalaman.Semoga Allah memberkati majlis kami
Wassalam....

Labels:

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri!!~



Istimewa buat warga kampus UNISEL BJ & SA, kenalan Para Fasilitator MTS, saf pimpinan Kelab & Persatuan, Para Pensyarah, Para Kakitangan
dan saf-saf pimpinan MPP/MPM IPT yang lain.

Ikhlas dari kami (^~^) ;

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL Sesi 2009/2010. :)


Labels:

Tuesday, September 15, 2009

Lawatan Rasmi MPP UNISEL Ke KUIS, Bangi


14 September 2009 - Exco Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan MPP UNISEL telah menganjurkan program lawatan rasmi ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi. Lawatan ini diwakili oleh 7 orang wakil MPP. Program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sedia ada dan meluaskan jaringan rangkaian kepimpinan mahasiswa dalam kalangan IPT lain. Tambahan lagi, KUIS merupakan IPTS di bawah naungan kerajaan negeri Selangor, sama seperti UNISEL. Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS sangat menghargai dan berterima kasih kepada pihak MPP UNISEL kerana sudi berkunjung ke kampus mereka walaupun terdapat masalah kekangan masa dan kehadiran. Antara agenda pertemuan adalah perbincangan berkenaan permasalahan umum dan mendapatkan resolusi dari sudut kepimpinan mahasiswa. Segala pendapat, sokongan, dan cadangan dari kedua-dua pihak adalah sangat memberangsangkan. Diharapkan program seperti ini akan diadakan lagi dan ikatan yang terjalin akan berkekalan. Tahniah Exco PLP.



Program tamat jam 12.30 tengahari sejurus
selepas lawatan ke sebahagian persekitaran kampus KUIS.

Labels:

Saturday, September 12, 2009

Cuti Pertengahan Semester


Tarikh Cuti Pertengahan Semester 1/2009/2010 adalah pada

19 September 2009 hingga 27 September 2009

Jadi, selamat bercuti buat semua warga UNISEL!~
Assignment, projek dan tutorial jangan dilupakan..
dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Labels: ,

Salam Sepertiga Ramadhan~


Jom perbanyakkan amal di Sepertiga Ramadhan!!~ :)

Labels: