Monday, August 31, 2009

Senarai Kelab dan Persatuan di UNISEL

Salam sejahtera,

Di sini kami ingin menyenaraikan Kelab-kelab dan Persatuan-persatuan yang terdapat di UNISEL. Sama ada yang terdapat di UNISEL Bestari Jaya mahu pun UNISEL Shah Alam. Senarai ini turut boleh diakses ke laman-laman Web yang ada pada Kelab/Persatuan tersebut (sekiranya ada). Walau bagaimanapun, senarai ini masih tidak lengkap dan akan sentiasa dikemaskini. Bagi para mahasiswa/i yang merasakan ada yang tidak lengkap, sila beritahu di bahagian komen post ini. Terima kasih.

UNISEL
UNISEL Mountain Adventure Groups (UMAGs)
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Persatuan Kebudayaan & Kesenian UNISEL (PKKU)
PROSTAR
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
UNISEL Chinese Cultural Association (UCCA)
Indian Cultural and Language Society (ICLS)


UNISEL (KAMPUS BESTARI JAYA)

Persatuan Mahasiswa Perniagaan (PERMAP)


Kelab 'Excellent Leader of Information Technology' (ELITE)
Kelab
Kelab KusanoHa Karate-Do


UNISEL (KAMPUS SHAH ALAM)

(SOBALS)
(NALURI)
Biomedical and Health Science Student Association (BIOMESTA)
Kelab (KLKM)
Kelab Tekwando (WTF)
Pengakap Kelana Siswa
Kelab Kembara
Persatuan Pembangunan Insan
Communication & Media Club



***** WILL BE UPDATE, SEND COMMENT TO INFORM :) *****

Labels: ,

Sunday, August 30, 2009

.:: Bazaar Ramadhan MPP ::.

Salam Ramadhan kepada semua..

Pihak MPP telah membuka bazaar Ramadhan yang pada mulanya ditempatkan di kawasan belakang hostel siswi/jalan belakang ke Kampung Sebelah.. Namun atas sebab musabab yang munasabah, kami telah memohon penukaran tapak bazar ke kawasan parkir sebelah FSP. Hal ini juga turut memudahkan para siswa/i yang ingin membeli kerana lebih dekat dengan kawasan hostel. Antara jualan yang diadakan adalah seperti Ayam Percik, Kuih-Muih, Nasi Tomato, Nasi Beriani, Nasi Ayam Madu Berempah, Nasi Campur bermacam lauk-pauk, Air Tebu, Air-air pelbagai perisa, Roti John, Murtabak dsb. Selamat berkunjung ke bazar kami sempena Ramadhan ini. Jangan membazir dan selamat berbuka.. :)

Labels:

Wednesday, August 19, 2009

Makluman Jualan CD MTS!!~

Kepada sesiapa yang berminat terutamanya kepada para mahasiswa/i baru. Kami pihak Exco P&P MPP ingin membuka tempahan bagi jualan CD MTS Intake July 1/2009/2010. Anggaran harga jualan CD adalah RM5 seunit. Keterangan CD adalah seperti berikut;

CD (RM5) ;
Mengandungi sekitar ~1500++ gambar dan pelbagai video sepanjang MTS berlangsung.

P/S : Tempahan boleh mula dibuat dengan menyatakan nama dan alamat hostel serta nyatakan bilangan. Sama ada respon di post ini atau SMS kepada wakil P&P (013-3010693).

Cth :
Mohd Farouq bin Ridhwan, A3-2F-02, CD (1 unit)
Irma Nadia bt Hilmi, J3-1F-04, CD (2 unit)

MTS CD : Intake July 1/09/10
~ RM 5.00 each ~
Contents of 1500++ Pictures and Montage Video of the whole program.  

* Pihak kami akan mengumpul maklumat dan memproses tempahan secepat mungkin. Terima kasih. Iklan berkait (klik di sini).

Labels:

Tuesday, August 18, 2009

Memorandum MPP Terhadap Pengurusan Residen (Jana Niaga)


18 Ogos 2009 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL kampus Bestari Jaya telah berjuang menuntut hak para mahasiswa/i dari sudut residen kediaman. Kita sedia maklum bahawa residen utama di kampus BJ adalah di bawah kelolaan syarikat JanaNiaga Sdn Bhd dgn kerjasam Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL. Masalah dari semasa ke semasa telah timbul sekian lama dan masalah semakin memuncak bermula semester ini yang mana didapati prosedur penginapan semakin rumit dan membebankan mahasiswa/i. Hari ini MPP telah duduk berbincang dengan pengurus Jana Niaga dan menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan. Maklumat memorandum adalah seperti berikut :

5 tuntutan Mahasiswa/i UNISEL terhadap Jana Niaga Sdn. Bhd.

1. Prosedur Penukaran Bilik Dipermudahkan

Mahasiswa/I sepatutnya dilayan seperti pelanggan kepada Jana Niaga. Mereka membayar sewa dan sepatutnya mendapat servis terbaik. MPP menuntut mahasiswa/I dibenarkan menukar bilik tanpa syarat bukan perlu melalui prosedur ketat yang menyusahkan.

2. Clearance dimansuhkan

Clearance dimansuhkan terutamanya kepada mahasiswa/I yang masih lagi mempunyai kontrak tinggal di asrama. Clearance hanya perlu dilakukan oleh mahasiswa/I yang sudah tamat kontrak tetapi masih lagi memohon untuk tinggal di asrama. Bagi memudahkan urusan pendaftaran mahasiswa/I baru hanya kluster tertentu sahaja dikosongkan dan perlu melakukan clearance bukan setiap kluster seperti yang dipraktikkan sekarang yang nyata membebankan mahasiswa/i.

3. Mansuhkan denda yang tidak munasabah

MPP difahamkan Jana Niaga dibayar sekitar RM 400k hingga RM500k sebulan bagi urusan penyelenggaraan dan sewa. Kenapa perlu mahasiswa/I membayar denda kepada Jana Niaga apabila sebarang kerosakan berlaku sedangkan UNISEL telah membayar segalanya. Duit itu digunakan untuk apa? MPP menuntut denda tidak munasabah ini dimansuhkan dan MPP menuntut penjelasan denda yan dikenakan selama ini disalurkan ke mana?

4. Layanan pengurusan yang lebih profesional.

Terdapat aduan di kalangan mahasiswa/I menyatakan layanan staf dan pengurusan Jana Niaga yang tidak professional. Dimaki dan diherdik merupakan perkara biasa. Kami menuntut staf biadab disingkirkan dari Jana Niaga.

5. Jaminan barangan tidak hilang ketika pemeriksaan

MPP kerap kali menerima aduan kehilangan barang semasa pemeriksaan yang dilakukan oleh Jana Niaga. Kami menuntut satu prosedur standard ketika pemeriksaan bilik dilakukan bagi mengelakkan kehilangan barangan berulang. Bagi kediaman siswi pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh staf wanita kecuali urusan maintenance sahaja.

P/S : Jika ada sebarang komen dan cadangan, mahasiswa/i boleh lampirkan di post ini dan pihak kami akan mengambil tindakan. Terima kasih~

Labels:

Bazaar Ramadhan MPP, Club/Society~


Majlis Perwakilan Pelajar berhasrat untuk membantu Kelab/Persatuan di UNISEL dalam menjana dana di dalam bulan Ramadhan. Pihak kami telah menyediakan tapak-tapak gerai jualan untuk mana-mana kelab/persatuan yang berminat untuk berniaga dan menjana pendapatan. Peniaga luar boleh berniaga di tapak tersebut dengan syarat utama adalah melalui kelab/persatuan di mana salah seorang peniaga adalah wakil kelab/persatuan juga. Objektif utama adalah untuk merangsang minat para mahasiswa/i berkecimpung dalam dunia perniagaan. Untuk mana-mana kelab/persatuan yang berminat, tapak masih lagi ada dan dibuka untuk disewa. Tarikh tutup penyewaan tapak bazaar MPP ini adalah pada 19 Ogos 2009. Peniaga diminta menghubungi no. di bawah untuk maklumat lanjut.

Ayub : 013-6323667
Al-Haaridh : 013-3003610

-----------------------------------------------------------------------------------------

BaZaaR RaMadhan MPP

Tarikh : 28 Ogos 2009 - 11 September 2009
Lokasi : Bersebelahan Hostel Siswi PKP, Jalan ke Kampung BJ.
Tema : "Mewarnai Bulan Ramadhan dengan Membentuk Kesejahteraan Ummah"
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus BJ
Kerjasama : Kelab dan Persatuan UNISEL kampus BJ

Semua dijemput hadir!!~ Salam Ramadhan~

Labels:

Minggu Tekad Siswa Intake 1/2009/2010


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera,

Selamat Datang, Ahlan Wasahlan Marhaban Bikum,
Welcome, Irashaimasu, Huan Yin...

To all new students intake 1/2009/2010.. Thanks to join us studying here in UNISEL.

8-13 August 2009 : Minggu Tekad Siswa

Pihak kami Majlis Perwakilan Pelajar amat berbesar hati menerima kehadiran semua
mahasiswa/i baru kerana menyambung pengajian di UNISEL dan sama-sama hadir ke Minggu Tekad Siswa, serta memberi kerjasama yang cukup baik pada semua fasilitator yang terlibat. Terima kasih kami ucapkan. Di sini pihak kami melampirkan gambar-gambar sepanjang MTS di BJ berlangsung.

Sepanjang 2 hari pendaftaran pelajar baru.
Dianggarkan seramai ~600 mahasiswa/i baru telah mendaftar di Kampus Bestari Jaya dan sekitar ~250 mahasiswa/i baru di kampus Shah Alam.

Sepanjang MTS berlangsung telah diadakan slot-slot rasmi seperti slot Pengenalan organisasi MTS, slot Pengenalan MPP UNISEL, slot penerangan bersama TNC, HEP, HEA, Finance, Loan, Kelab/Persatuan, dan sebagainya.

Turut diadakan slot bacaan ikrar mahasiswa/i baru menandakan mereka adalah sah menjadi mahasiswa/i UNISEL.

Pada 12hb telah diadakan slot 'Faculty Day' di mana para mahasiswa/i baru dibahagikan dan dibawa ke fakulti masing-masing untuk lebih mengenali para pensyarah, rakan sekuliah, kawasan kuliah, dan sebagainya dengan lebih lanjut.

Sepanjang MTS juga diadakan slot-slot aktiviti sesama mahasiswa/i dengan bimbingan para fasilitator. Di hari terakhir juga aktiviti 'ExploreSiswa' diadakan di sekitar kawasan UNISEL. Kebanyakan mahasiswa/i dan para fasilitator memberikan kerjasama yang terbaik dan bergembira bersama dalam mengikuti semua aktiviti yang dijalankan. Tahniah dan terima kasih diucapkan. :)
3 gambar seterusnya adalah semasa Malam Tekad Siswa dijalankan. Malam tersebut adalah bertemakan 'MultiCultural' dan semua mahasiswa/i memakai pakaian kebudayaan masing-masing.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah wakil-wakil dari HEP, dan turut sama adalah ayahanda TNC.

Persembahan-persembahan pada malam tersebut adalah daripa mahasiswa/i baru, dari fasilitator, dari wakil MPP dsb. Kemeriahan sangat dirasakan walau masing-masing dalam keadaan penat.

Persembahan pada Malam Tekad Siswa tersebut adalah merangkumi deklamasi sajak, persembahan mahasiswa/i baru, nyanyian dari fasilitator, tepuk FMTS khas buat mahasiswa/i baru, penyampaian hadiah, sesi perpisahan dan bersalaman dsb.

Semoga sentiasa ingat-mengingati, moga ikatan ukhuwwah ini berpanjangan.
Di sini juga kami pihak MPP dan mewakili semua fasilitator memohon ampun dan maaf andai ada salah silap yang terlanjur dan yang terlebih terkurang.
Yang baik itu datang dari-Nya dan yang salah itu dari kita semua.

Salam kasih sayang dari kami kepada semua mahasiswa/i baru Universiti Industri Selangor intake 1/09/10. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan.

Labels:

Tuesday, August 11, 2009

Final Exam Result for Sem 3/08/09 Released!!~

To all senior students,

now you can check your final exam result at Student Portal.

Congratulation to all of you and the best of luck for the result~

Labels: ,

Monday, August 10, 2009

.:: Hari Perancangan MTS Julai 2009 ::.

Hari perancangan untuk MTS bagi kampus UNISEL BJ telah diadakan pada 4 Ogos (sebaik pulang dari induksi MTS) hingga 7 Ogos 2008. Para fasilitator yang telah dibahagikan mengikut biro, bersedia untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Antara perbincangan dan perlaksanaan selama 4 hari di hari perancangan MTS adalah seperti Pembentangan Master Plan setiap biro, penyediaan backup plan, pelaksanaan Checklist Biro sepanjang MTS dan sebagainya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang hari perancangan MTS, bermula dari sesi fotografi biro sehingga simulasi Hari Pendaftaran pelajar baru serta Pembentangan Akhir Master Plan setiap biro.

* Sesi fotografi selesai dijalankan. Tahniah biro Tugas-tugas Khas dalam melayani kerenah para fasilitator dan berusaha mendapatkan yang terbaik.

* Turut diadakan sesi beriadah sesama fasilitator di PKP.

* Ucapan oleh Ketua Pengarah MTS iaitu Saudara Merico bin Achenk Abdullah, dan wakil-wakil biro membentangkan Master Plan.

* Pembentangan Master Plan akhir dan Simulasi Hari Pendaftaran Pelajar Baru.

Bermula 8 Ogos 2009, MTS bermula! Semoga berjaya kepada semua fasilitator MTS Julai 2009. Tahniah dan terima kasih didahulukan dari pihak kami. !~

Labels:

Induksi FMTS Julai 2009

Pada 3 dan 4 Ogos 2009, pihak HEP UNISEL telah memilih sebilangan fasilitator untuk Minggu Tekad Siswa Julai 2009~ Para fasilitator dikehendaki menghadiri kursus Induksi (Pengenalan) MTS di Kem Nur Lembah Azwen, Hulu Langat. Seramai 106 fasi dari kampus Bestari Jaya dan 48 orang fasi dari kampus Shah Alam telah berkumpul dan sama-sama menjalani program induksi yang dikelolakan oleh Sekretariat Mutiara Mawaddah, bermodulkan SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social~ Program ini juga bagi memastikan para fasilitator bersedia untuk melaksanakan MTS di kampus masing-masing.


Labels: ,

Sunday, August 2, 2009

Pendaftaran FMTS BJ Sesi Julai 2009

Butiran Sesi Pendaftaran;
Tarikh : 2 Ogos 2009
Tempat : Pusat Komuniti Pelajar (PKP) UNISEL BJ
Masa : 2.00PM - 5.00PM
Kursus Induksi FMTS pada 3 dan 4 Ogos 2009, di Lembah Azwen Hulu Langat.
Dianggarkan seramai 120 FMTS BJ akan mendaftar. Makluman lanjut mengenai penginapan, kursus induksi dan lain-lain akan diberitahu selepas mendaftar. Terima kasih.

Labels:

Saturday, August 1, 2009

E-Residen Result for UNISEL BJ Campus


CARIAN KEPUTUSAN TEMPAHAN
ASRAMA JANA NIAGA
KAMPUS BESTARI JAYA
SESI JULAI 2009

..Kindly click here..

Labels:

THE REGISTRATION FEES - AUGUST 2009

To : All SENIOR STUDENTS UNISEL
From : Bursar

( SESSION 1/2009/2010 )
This is to notify that all senior students must pay your fees before THE REGISTRATION DAY

The fees are as follows : -
SEMESTER FEES
RM 250.00 (For session intake : 1/2008/2009, 1/2007/2008, 1/2006/2007, 1/2005/2006, and 1/2004/2005)

RM 230.00(Other than above session intake)

HOSTEL FEES
RM 800.00 (Bestari Jaya Campus)

TUITION FEES
Based on total credit hours and faculty's rate.

Payment should be bank-in to Bank Islam Malaysia Berhad.
Account no. :12038010051888 (Universiti Industri Selangor)

Please submit the original copy of bank-in slip to the bursar's counter.

Payment by CASH is not accepted on the registration day

Your cooperation will be very much appreciated.

Labels: ,