Thursday, July 30, 2009

[SA] Pengosongan Asrama di Bangunan MAIS

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa siswa-siswi baru bagi Sesi Pengajian 1/2009/2010 akan mendaftar pada 8hb Ogos 2009,bersamaan hari Sabtu. Siswa-siswi baru ini telah diperuntukkan asrama di Wisma MAIS,Seksyen 3, Shah Alam dan akan mendiami asrama tersebut bagi tempoh satu semester.

Bagi membolehkan pihak Pengurusan Asrama Wisma MAIS membuat kerja-kerja penyediaan bilik-bilik asrama bagi siswa-siswi baru ini, maka kerjasama diminta daripada saudara-saudari yang telah menetap di asrama Wisma MAIS supaya mengosongkan bilik-bilik asrama tersebut sebelum 5 Ogos 2009.

Tempahan asrama akan dibuka kepada saudar-saudari hanya selepas 8 Ogos 2009, tertakluk kepada kekosongan bilik asrama.

Bagi membantu siswa-siswi yang telah kehilangan asrama,pihak Universiti amat prihatin dalamperkara ini dan telah berunding dengan pihak Delta Maintenance Services Sdn. Bhd (pengurusan asrama Wisma MAIS) bagi membantu siswa-siswi mendapatkan mana-mana unit kediaman di kawasan Shah Alam.

Antara kediaman yang telah dikenalpasti ialah Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, Pangsapuri Bestari, Seksyen 16, Shah Alam dan Delta Hostel, Seksyen 20, Shah Alam yang diuruskan sepenuhnya oleh Delta Maintenance Services Sdn. Bhd. Apartment ini boleh ditempah dalam tempoh jangkamasa sehingga tamat pengajian.

Tempahan terus boleh dibuat di Pejabat Delta Maintenance Services di Tingkat Bawah, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam atau hubungi 03-5510 7564.

Pihak Universiti merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kerjasama saudara-saudari dalam perkara yang telah disebutkan dan berharap pengendalian pengurusan asrama ini akan dapat berjalan lancar.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
PROFESOR MADYA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN KIDAM
Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Labels:

Wednesday, July 29, 2009

ICE 2009 iS bAcK!!


Venue :

Dewan Raja Muda Musa,
Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor
Seksyen 7, Shah Alam.

Date :
31st July - 1st August 2009
(Friday – Saturday)

Time :
9.00am – 6.00pm

Admission :
Free Admission


Organizers;

Logo KSM

jobs malaysia logo
Unisel Logo


Surf to http://ice09.unisel.edu.my for more informations!!~

Labels: ,

Monday, July 27, 2009

Information to All UNISEL Students

PELAJAR-PELAJAR UNISEL,
PELAJAR-PELAJAR TIDAK DITERIMA UNTUK MENDAFTAR
DIRI PADA SESI AKADEMIK 1/2009/2010 (OGOS 2009)
SEKIRANYA TUNGGAKKAN YURAN MELEBIHI RM2500.00

BAYARAN SECARA TUNAI PADA HARI PENDAFTARAN TIDAK DITERIMA
HARAP MAKLUM.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DEAR STUDENTS,
THOSE WITH OUTSTANDING BALANCE MORE THAN
RM2500.00 WILL NOT ALLOWED TO REGISTER FOR THE
ACADEMIC SESSION 1/2009/2010 (AUGUST 2009)

PAYMENT BY CASH IS NOT ACCEPTED ON THE REGISTRATION DAY
PLEASE BE INFORMED.

Makluman di atas adalah untuk mengelakkan permasalahan susulan seperti kesukaran mendapat slip peperiksaan dan menduduki peperiksaan dsb. Tq~

Labels: ,

Saturday, July 25, 2009

Schedule for Senior Registration Day for Sem 1/09/10

refer to : UNiSEL Website

SCHEDULE FOR SENIOR REGISTRATION DAY FOR SEMESTER 1/2009/2010

DATE/DAY

FAKULTI

TEMPAT

12 AUGUST 2009

(WEDNESDAY)

FACULTY OF ENGINEERING

FACULTY OF INDUSTRIAL IN INFORMATION TECHNOLOGY

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

13 AUGUST 2009

(THURSDAY)

FACULTY OF BUSINESS

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

14 AUGUST 2009

(FRIDAY)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE STUDIES

FACULTY OF SOCIAL SCIENCE AND INDUSTRY STUDIES

FACULTY OF APPLIED SCIENCES AND MATHEMATICS

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

13 - 14 AUGUST 2009

(THURSDAY - FRIDAY)

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND LIFE SCIENCES

FACULTY OF BIOMEDICAL AND HEALTH SCIENCE

FACULTY OF INDUSTRIAL ART AND DESIGN TEHNOLOGY

FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA

MULTIPURPOSE HALL, SHAH ALAM CAMPUS

REGISTRAR OFFICE

Labels: ,

UNISEL 2009/2010 Academic Calendar

2009/2010 ACADEMIC CALENDAR

SEMESTER 1, 2009/2010 (AUG 2009)

New students registration

8 - 9 Aug 2009

2 days

New students orientation

8 - 12 Aug 2009

5 days

Returning students registration

12 - 14 Aug 2009

3 days

Lectures

17 Aug - 18 Sept 2009

5 weeks

Mid semester break

19 - 27 Sept 2009

1 week

Lectures

28 Sept - 26 Nov 2009

9 weeks

Final exam

30 Nov - 20 Dec 2009

3 weeks

Semester break

21 Dec 2009 - 17 Jan 2010

4 weeks

Add/drop/PK subject/change program

17 - 28 Aug 2009

2 weeks

Last day drop subject (plus charge)

23 Oct 2009

week 9

Next semester subject registration

2 - 26 Nov 2009

4 weeks

Senate Meeting*

30 Dec 2009 (Wednesday)

TBD by Senate

Notes: (Sem 1/2009/2010)

  • 31 Aug 2009 (Monday) National Day
  • 7 Sept 2009 (Monday) Hari Nuzul Quran
  • 20 - 21 Sept 2009* (Sunday - Monday) 'Eid Ul-Fitr
  • 16 Nov 2009 (Monday) Deepavali
  • 27 Nov 2009* (Friday) 'Eid Ul-Fitr
  • 11 Dec 2009 (Friday) Sultan Selangor's Birthday
  • 18 Dec 2009 (Friday) 1 Muharram
  • 25 Dec 2009 (Friday) Christmas Day
  • 1 Jan 2010 (Friday) New Year

SEMESTER 2, 2009/2010 (JANUARY 2010)

New students registration

9 - 10 Jan 2010

2 days

New students orientation

9 - 13 Jan 2010

5 days

Returning students registration

13 - 15 Jan 2010

3 days

Lectures

18 Jan - 12 Feb 2010

4 weeks

Mid semester break

13 - 21 Feb 2010

1 week

Lectures

22 Feb - 30 Apr 2010

10 weeks

Final exam

3 - 23 May 2010

3 weeks

Semester break

24 May - 18 July 2010

8 weeks

Add/drop/PK subject/change program

18 - 29 Jan 2010

2 weeks

Last day drop subject (plus charge)

26 Mar 2010

week 9

Next semester subject registration

5 - 30 Apr 2010

4 weeks

Senate Meeting*

2 June 2010 (Wednesday)

TBD by Senate

Notes: (Sem 2/2009/2010)

  • 14 - 15 Feb 2010 (Sunday - Monday) Chinese New Year
  • 26 Feb 2010 (Friday) Maulidur Rasul
  • 1 May 2010 (Saturday) Labour Day
  • 6 June 2010 (Sunday) SPB Yang Di-Pertuan Agong's Birthday
Kindly refer to UNISEL Website about Calendar

Labels: ,

Cuti Semester Sem 3/08/09~

Cuti semester [26 Julai - 11 Ogos 2009] ~
Tahniah kepada semua mahasiswa/i yang telah menduduki peperiksaan akhir sem 3/08/09.. semoga mendapat keputusan yang cemerlang selaras dengan usaha anda semua. Gunakan masa cuti yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Selamat bercuti!~

Labels: ,

Sunday, July 19, 2009

Minggu Peperiksaan Sesi 3/08/09 [20 - 24 Julai 2009]

Salam mujahadah, salam imtihan dan salam sejahtera,

Kepada semua pelajar UNiSEL, kami dari Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir bagi semester 3/2008/2009. Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang selaras dengan usaha anda.



Pesanan bersama;
1) Dapatkan slip menduduki exam bagi mengelak sebarang masalah semasa peperiksaan.
2) Sila pastikan tarikh, masa, dan tempat yang betul berdasarkan subjek untuk peperiksaan yang anda bakal duduki.
3) Bawa barangan yang sepatutnya sahaja ke bilik/dewan peperiksaan. Paling penting kad matrik, slip exam dan alatan menulis.
4) Jangan sesekali bawa 'toyol'.
5) Iringi dengan DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal) sepanjang peperiksaan dan pembelajaran anda.



"Successful indeed are the believers: who are humble in their prayers~"
"kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan, semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada berpenghujung..."

~ All the best! Ma'an Najah! Zhu ni haoyun!
Shubh Kamnaayein! Gambatte! Chaiyo'! ~

Labels: ,

IPTS Students' Leaders SUMMIT 2009

Pada 10-12 Julai 2009, sebahagian daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL iaitu seramai 13 orang, telah menghadiri
yang diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang.

Antara wakil-wakil MPP IPTS yang telah hadir adalah dari Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), HELP, KLIUC, MMU Melaka dan Cyberjaya, dan Nottingham University College. Jumlah peserta dianggarkan seramai 80 orang dan UNISEL merupakan
IPTS yang menghantar paling ramai wakil. Hal ini membolehkan wakil UNISEL duduk berbincang di setiap isu yang dikeutarakan dan dikenali dalam kalangan para peserta serta mudah menjalin rangkaian sesama MPP IPTS.

SUMMIT tersebut diadakan dengan objektif untuk menyuarakan permintaan pelajar IPTS kepada Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPT). Antara isu yang dikemukakan di dalam memorandum dan diserahkan kepada KPT adalah;

1. One Malaysia (1Malaysia)
2. Mentor Mentee Program
3. Visa (International Students) and Culture
4. Sports
5. Research Grant

Wakil dari KPT telah hadir dan menerima memorandum tersebut secara rasminya pada 12 Julai 2009. Diharapkan mendapat respon positif dari pihak KPT dari wakil-wakil IPTS tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada UNITEN yang telah menjadi tuan rumah sempena SUMMIT ini. Aktiviti menarik telah diadakan iaitu Le Tour De Muadzam Shah dengan berkonvoi dengan lebih kurang 20 kereta Perodua MyVi. Impressive!~ SUMMIT secara rasminya tamat jam 4.30petang pada 12 Julai dan MPP UNISEL antara yang terawal pulang dan sampai ke UNISEL BJ jam 12.10 pagi. Semoga berjumpa lagi.

Labels: ,

Friday, July 10, 2009

Sekitar Majlis Forum & Pidato bersama Dato' Seri Anwar

Pidato Kepimpinan Mahasiswa berlangsung dengan jaya dan gamatnya di Dewan Utama UNISEL bermula jam 9.30malam hingga 11malam.. Kedatangan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekeluarga adalah sangat-sangat dinantikan dan disambut meriah sekali. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung..
Tahniah pada pihak penganjur dan penglibatan individu secara rasmi atau tidak.

Labels:

Wednesday, July 8, 2009

Lawatan Pertanian anjuran Kelab Permata PKNS

LAWATAN PERTANIAN (KELAB PERMATA PKNS & EXCO KEK MPP)
Tarikh : 11 Julai 2009
Masa : 7.30pagi hingga 5.00 petang
(berkumpul di hadapan Dewan Biru, PKP)
Tempat Lawatan : Klang dan Sungai Buloh
Pakaian : Ikut kesesuaian masing-masing
Bayaran : Ditaja sepenuhnya termasuk makan minum dan sijil.

Maklumat lanjut dan sesiapa yang berminat sila hubungi Exco KEK;
Ayub :
013-6323667
Al-Haaridh : 013-3003610

Labels:

Makluman Pembayaran Yuran

NOTIS PEMBAYARAN YURAN BAGI SEMESTER MEI 2009

1- PELAJAR YANG MENDAPAT TAJAAN

Semua pelajar (termasuk pelajar baru ambilan 3/08/09) perlu menjelaskan yuran pengajian semasa sekurang-kurangnya 50% atau minima RM500 sebelum 10 Julai 2009. Kegagalan membuat bayaran, pelajar tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir semester Mei 2009.
Baki tunggakan akan dipotong pada semester akan datang.

2- PELAJAR TANPA TAJAAN

Pelajar perlu menjelaskan yuran pengajian semasa sepenuhnya sebelum 10 Julai 2009. Baki Tunggakan masih ada perlu diselesaikan sebelum bermula semester 1/2009/2010 pada Ogos 2009.

p/s: Bagi Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kami mengharapkan keputusan ini mampu untuk melegakan semua warga unisel terutama mahasiswa/i unisel. Sebarang masalah atau perkara yang ingin dibincangkan segeralah berhubung dengan MPP untuk kami mendapatkan maklumat. Terima Kasih

Monday, July 6, 2009

KMGS 2009 : Mari ke Ceramah bertajuk Cinta, Seks dan ...

Kempen Mencegah Gejala Sosial 2009 : Slot Ceramah telah ditangguh dan kini diadakan.
Berikut adalah butiran lanjut;
Tajuk : Cinta, Seks dan ...
Tarikh : 7 Julai 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Biru, PKP, UNISEL BJ
Masa : 9.00 malam
Semua warga UNISEL dijemput hadir!~

Labels:

Sunday, July 5, 2009

[SA] Program Jatidiri Rakan Muda

Tarikh: 22hb Julai 2009 – 25hb Julai 2009
Tempat: Kem Bina Negara Tg. Rhu Sepang
Penyertaan: PERCUMA

Makanan, Penginapan,T-Shirt, Pengangkutan Dan Sijil Disediakan

Sekiranya Anda Berminat,
Sila Berikan Atau Sms Nama Anda Kepada:
Surenthdren A/L Supramanium
Exco Penerangan Dan Penerbitan
Exco Perhubungan Luar Dan Pengantarabangsaan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Industri Selangor (UNiSEL)
Tel: 017-4568495 / 013-6330151

Labels:

Kotak Aduan & Cadangan MPP S.A

Hal ini dapat memudahkan para pelajar untuk memberikan sebarang aduan dan cadangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Industri Selangor (UNISEL) dengan mudah dan bersistemetik.

MPP Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium dan Nur Azeela Bt Mohd Zaki telah berjumpa dengan setiap dekan fakulti di Kampus Shah Alam untuk mendapatkan kebenaran untuk meletakkan Kotak Aduan Dan Cadangan ini di fakulti masing-masing.

Dan dengan yakinnya dinyatakan bahawa kotak aduan ini akan mula beroperasi mulai 7hb Julai 2009 (Hari Selasa)

Setiap minggu kami akan mengutip borang aduan tersebut dan langkah sewajarnya akan diambil dalam menangani masalah tersebut. Faktor ini dapat menggurangkan masalah-masalah yang timbul di UNISEL, dan dapat membolehkan para pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran dan sekaligus mendapat pencapaian yang baik dalam peperikasaan, disamping meningakatkan imej dan kualiti UNISEL.

Kerjasama semua pihak amat dialu-alukan.

Labels:

Status Pemansuhan Residen Komuniti Siswa (RKS) Kampus Shah Alam

Sepeti yang sedia maklum,mulai semester depan, tiada lagi pelajar yang akan ditempatkan di dalam Kampus Unisel Shah Alam, disebabkan ke semua dorm yang ada, sedang di ubahsuaikan untuk dijadikan bilik kuliah dan makmal.

Oleh yang demikian, tiada perlu lagi adanya Bilik Residen Komuniti Siswa (RKS) di dalam Kampus Unisel Shah Alam, disebabkan tiada lagi fungsinya, dan di minta supaya bilik tersebut akan di gantikan dengan Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel Kampus Shah Alam, disebabkan kami tiada lagi ada suatu tempat yang tetap dan strategik bagi menjalankan tugas-tugas kami.

Dengan adanya bilik ini, kami dapat bergerak dengan lebih pantas dan bersistematik, di samping dapat memudahkan para pelajar untuk berjumpa dengan kami.

Di samping itu juga, Unisel Kampus Shah Alam kekurangan bilik untuk menjalankan aktiviti persatuan dan hal ini merumitkan kegiatan aktiviti persatuan. Sebelum ini, satu bilik telah diberikan untuk aktiviti persatuan, tetapi bilik tersebut telah dikongsi bersama oleh lebih daripada sepuluh persatuan di Unisel Kampus Shah Alam dan hal ini telah menyebabkan berlaku beberapa kesulitan dalam waktu pengunaan bilik tersebut. Oleh yang demikian, Surenthdren A/L Supramanium Exco Majlis Perwakilan Pelajar telah berjumpa dengan Pihak Hal Ehwal Pelajar Kampus Shah Alam untuk meminta sebuah bilik lagi untuk aktiviti persatuan supaya kesemua persatuan di Unisel Kampus Shah Alam dapat bergerak dengan aktif, disamping dapat membentuk disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah oleh setiap persatuan di Unisel Kampus Shah Alam. Hal ini dapat meninggatkan mutu,kualiti dan imej Unisel dalam kalangan masyarakat.

Labels:

Isu Perpustakaan UNISEL Kampus Shah Alam

MEMASANG KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI PERPUSTAKAAN DAN DI LUAR PERPUSTAKAAN UNISEL KAMPUS SHAH ALAM

Kehilangan dan kecurian barang-barang berharga sering kali berlaku di dalam perpustakaan dan diluar perpustakkan, terutama sekali di tempat meletak beg sebelum memasuki perpustakaan. Antara barang-barang yang sering kali hilang, adalah termasuk komputer riba (Laptop), telefon bimbit, dan external hard disk. Hal ini disebabkan, ketiadaan pengawal dan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut. Justeru, pelajar yang bersikap negatif , mengambil kesempatan tersebut untuk mencuri barang-barang yang diletakkan oleh para pelajar lain di tempat tersebut. Kes kecurian merupakan satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang Negara Malaysia, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita harus membendung masalah ini dari sini lagi. Tambahan pula, remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara, jika mereka sendiri terlibat dengan kes kesalahan jenayah, apakah akan berlaku? Jenayah akan bermaharajalela di negara ini. Oleh yang demikaian,Surenthdren A/L Supramanium Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menghantar surat kepada TNC PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMBANGUANAN dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Shah Alam untuk memasang kamera litar bertutup (CCTV) di dalam dan di luar perpustakaan supaya dapat membendung masalah ini daripada menjadi lebih serius sehingga menjadi duri dalam daging kepada pihak Unisel, dan sekaligus menjejaskan nama baik dan imej Unisel di kanta mata semua lapisan masyarakat.

PENYEDIAAN BUKU BAHASA TAMIL

MPP Kampus Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium telah berbincangan dengan Pihak Pengurusan Perpustakan Kampus Shah Alam dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Kampus Shah Alam bahawa barisan MPP Shah Alam sangat menyokong dengan cadangan yang diberikan oleh Indian Cultural And Languange Society (ICLS) dalam penyediaan buku bahasa Tamil di perpustakaan Unisel Kampus Shah Alam.

Hal ini dapat membantu para pelajar yang berbangsa India,dapat memenuhi masa lapang mereka dengan membaca buku-buku ilmiah daripada melepak dan membazirkan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

Disamping itu, para pelajar Unisel dapat mengetahui tradisi dan adat istiadat kaum lain di Malaysia,yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Hal ini, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara para pelajar dan dapat membentuk jati diri yang baik, dan sekaligus menigkatkan imej Unisel menjelang 10 Tahun Unisel.

PENYEDIAAN LOKER DI DEPAN PERPUSTAKAAN UNISEL KAMPUS SHAH ALAM, BERSERTAKAN DENGAN SEORANG PENGAWAL SEPANJANG WAKTU PERPUSTAKAAN BEROPERASI

Ia adalah penambahan permintaan selain daripada kamera litar tertutup supaya keselamatan di perpustakaan Unisel adalah lebih terjamin. Nur Azeela Bt Mohd Zaki, Surenthdren A/L Supramanium dan Yeo Wee Kiat telah berjumpa dengan pihak pengurusan Perpustakaan Kampus Shah Alam berkaitan dengan penyediaan loker bersertakan dengan seorang pengawal di sepanjang waktu perpustakaan beroperasi. Justeru, telah menghantar surat kepada TNC Perancangan Strategik Dan Pembangunan berkaitan dengan hal ini. Hal ini, adalah bertujuan untuk menambahkan sistem keselamatan di Perpustakaan Unisel Kampus Shah Alam, di sebabkan sering berlaku kes kecurian di tempat tersebut. Dan diharapkan agar pihak perpustakaan Unisel dapat mengambil langah-langkah yang lebih drastik dan sistematik, supaya kes kecurian di Unisel dapat di kurangkan. Justeru, meningkatkan imej, kualiti dan mutu Unisel.

Labels:

Pemandu Bas UNISEL Tidak Bertanggungjawab

MPP Shah Alam, Surenthdren A/L Supramanium telah membuat aduan kepada TNC HEP dengan sokongan Syafizal Bin Omar Naib Yang DiPertua MPP Shah Alam berkenaan dengan pemandu bas Unisel telah bertindak dengan melampau kepada pelajar Unisel.

Pada setiap hari Isnin, pelajar ini (nama dirahsiakan diatas faktor keselamatan pelajar tersebut)dikehendaki untuk pergi ke Kampus Bestari Jaya untuk menghadiri kelas Bahasa Kebangsaan A pada semester ini. Jadi, pada 15 June 2009 (Hari Isnin), pelajar tersebut hendak pergi ke Kampus Bestari Jaya untuk menghadiri kelas pertama. Pada pagi tersebut,pelajar itu telah pergi untuk menaiki bas Unisel untuk pergi ke Kampus Bestari Jaya, dan pemandu bas tersebut tidak membenarkan pelajar tersebut untuk menaiki bas pada mulanya dan meminta surat daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP). Setelah itu, pemandu bas tersebut telah membenarkan pelajar itu untuk menaiki bas dengan syarat mendapatkan surat penggunaan bas dari Kampus Bestari Jaya.


Setelah tiba di Kampus Bestari Jaya, pelajar tersebut telah terus bergerak ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Unisel di Kampus Bestari Jaya, dan ke Pejabat Pentadbiran Dan Sumber Manusia Unisel di Kampus Bestari Jaya, untuk mendapatkan surat kebenaran untuk menggunakan bas atau kenderaan Unisel untuk berulang-alik dari Kampus Shah Alam ke Kampus Bestari Jaya pada setiap hari Isnin. Setelah itu, di dapati seorang staff yang bekerja di Pejabat Pentadbiran Dan Sumber Manusia Unisel di Kampus Bestari Jaya, telah meminta pelajar ini untuk tunggu dan berjumpa dengan En.Kamarul, tetapi malang nasibnya, En.Kamural tidak muncul-muncul sepanjang hari tersebut.


Setibanya waktu untuk pulang ke Unisel Kampus Shah Alam pada jam lebih kurang 5.30 petang, pelajar tersebut telah pergi untuk menaiki bas yang sama, tetapi pemandu bas tersebut telah bertindak kasar dan meminta pelajar tersebut untuk turun dari bas dan datang menghampiri pelajar tersebut seperti hendak menolak keluar pelajar tersebut dari basnya, tetapi sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku, pelajar itu dengan sendiri telah turun dari bas tersebut, dan bas tersebut telah bergerak dari Kampus Bestari Jaya dengan meninggalkan pelajar itu berseorangan di sana.


Pelajar yang berseorangan di sana, tidak tahu jalan untuk pulang ke Kampus Shah Alam, dan setelah menunggu lamanya, pelajar tersebut telah cuba mendapatkan teksi dan pulang ke Shah Alam, dan dikenaka caj sebanyak RM 100.00 lebih.


Walaupun pelajar ini tidak mempunyai surat kebenaran, pemandu bas tersebut tidak sepatutnya bertindak melampau sebegitu. Pemandu bas tersebut harus membawa balik pelajar tersebut ke Kampus Shah Alam seperti mana di bawa dari Kampus Shah Alam ke Kampus Bestari Jaya, dan itu adalah etika dan tanggungjawab sebagai seorang pemandu bas. Hal ini cukup membahayakan keselamatan pelajar tersebut. Disamping itu, sekiranya sesuatu yang tidak dingini telah berlaku kepada pelajar tersebut pada hari tersebut, ia akan membawa masalah yang sangat besar kepada pihak Unisel, sekaligus menjejaskan imej Unisel di kaca mata masyarakat.

Labels:

Mari Bantu D.Sharalla

Pelajar yang bernama D.Sharalla adalah, pelajar Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Industri Selangor (UNISEL), yang sedang membuat Diploma dalam kursus Pengimejan Perubatan, sesi pengambilan May2007/2008.

Pelajar ini, telah menimpa nasib malang apabila bapa sendirinya telah membunuh emak dia dan pelajar tersebut telah cedera di tangan dan badan ketika cuba meleraikan pergaduhan itu dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan. Kejadian ini telah berlaku pada 11hb June 2009 pada jam 9.40pagi di Lorong Seri Damak 15, Taman Sri Andalas Klang.

Justeru, MPP Shah Alam Surenthdren A/L Supramanium telah menghantar surat kepada TNC HEP, dan telah berbincang dengan pihak HEP Kampus Shah Alam serta dengan Dekan Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan berkenaan dengan hal ini dan pihak HEP UNISEL dan Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan bersedia membantu pelajar ini.

Selain itu,sumbangan dan sokongan daripada anda semua diminta, supaya pelajar ini dapat meneruskan perjuangan dalam hidupnya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Surenthdren A/L Supramanium
Tel: 017-4568495

Labels:

Saturday, July 4, 2009

Laporan Lawatan IKS

4 Julai 2009 (Sabtu) - Sebuah lagi program anjuran Kelab Permata PKNS & Exco KEK MPP. Seramai hampir 80 orang peserta telah mengikuti program ini.
Berikut adalah perjalanan program.

Semua peserta telah berkumpul di hadapan Dewan Biru, PKP. Antara wakil MPP yang hadir adalah seramai 8 orang dari Exco P&P, Exco PMI, Exco KPA, Exco KEK, Bendahari 1 dan YDP. Perjalanan dengan 2 buah bas bermula jam 8.00 pagi dan tiba jam 10.30 pagi di Banting, Selangor. Kedatangan ke tempat lawatan Perniagaan Warisan Usaha disambut baik oleh Puan Hajah Jumaidah (Mama Ju) selaku ketua di sana. Lawatan ke sana adalah lebih kepada untuk mengenali perniagan kerepek dan kuih2 yang diperniagakan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di samping mengetahui asal-usul, sejarah pembangunan perniagaan Warisan Usaha yang diusahakan oleh Mama Ju tersebut. Setelah dibenarkan melawat ke dapur gorengan kerepek dan ke Kedai Jualan Warisan Usaha sambil diberikan peluang untuk mencuba dan merasa, para peserta dijamu dengan hidangan buffet selera kampung oleh Mama Ju sekeluarga. Kemudian, para peserta dibawa 10KM ke kilang pemprosesan yang lebih besar. Di sana para peserta juga diberikan peluang untuk mencuba, merasa, dan melihat bagaimana kuih-muih dihasilkan, dan bagaimana pemprosesan kerepek secara besar-besaran dilakukan. Di akhir program ini, Mama Ju telah memberikan beberapa bungkus besar kerepek untuk para peserta 'menjamah' dan dibawa balik ke UNiSEL.
Jadi berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan berlangsung;








Labels: