Monday, June 29, 2009

Mari bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim~

PIDATO KEPIMPINAN & SESI DIALOG
bersama Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tarikh : 9 Julai 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama UNiSEL BJ
---
Pendaftaran PERCUMA untuk mengesahkan kehadiran.
Sila SMS Nama & No.Matrik kepada;
Nasri 019-2357895
Fasya 0122779613
Navin 0132577995

"Semua warga UNiSEL dijemput hadir!!~"


Pada 9 Julai 2009, sebuah lagi program bertemakan pidato kepimpinan & sesi dialog akan diadakan. Berikutan dengan perlaksanaan program Pidato Kepimpinan Mahasiswa/i pada Minggu Tekad Siswa pada 25 Mei 2009, dengan kehadiran YB Puan Nurul Izzah bt Anwar, maka kali ini ayahandanya sendiri akan hadir utk program sedemikian. Kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim pastinya dinantikan oleh para mahasiswa/i yang ingin mengetahui bagaimana sudut kepimpinan dari perspektif beliau. Jadi, mari kita beramai-ramai ke program tersebut!~


"Semua warga UNiSEL dijemput hadir!!~"

Labels:

Sunday, June 28, 2009

[BJ] Lanjutan Tarikh Temuduga JK RKS


Lanjutan tarikh temuduga jawatan kuasa residen akan dijalankan dengan butiran berikut ;

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tarikh : 30 Jun, 1 dan 2 Julai 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : BK 20 FSP (Pengajian Bahasa dll)

-------
Semua pelajar yang menginap di RKS UNiSEL BJ, dan berminat adalah dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Sekian, terima kasih.
----------
Sila bawa bersama 1 keping gambar berukuran pasport dan hadir dengan berpakaian semi-formal.

Labels:

Friday, June 26, 2009

[S.A] BIOMESTA diluluskan~

Berita baik untuk semua pelajar Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan Unisel adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Biomesta telah diluluskan oleh TNC HEP unisel pada 8 Jun 2009. Di harap dengan adanya persatuan ini semua pelajar di bawah fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan dapat memberi komitmen bukan sahaja dalam bidang pelajaran malah dalam bidang kokurikulum bagi meningkatkan lagi kualiti sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan berkebolehan dalam bidang masing-masing kelak.

Labels:

Makluman Pengambilan FMTS Sesi 1/2009/2010

MEMO
PENGAMBILAN FASILITATOR MINGGU TEKAD SISWA (MTS)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pernah mengambil sekurang-kurangnya sekali peperiksaan di UNiSEL. (Pelajar Sem 2 >)
  • CGPA tidak kurang daripada 2.00.
  • Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib UNiSEL atau jenayah.
  • Mempunyai komitmen dan displin yang tinggi.
  • Mempunyai gaya kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab
  • Pelajar-pelajar aktif dalam persatuan, kelab atau aktiviti diutamakan.
  • Sebarang pindaan tertakluk kepada jawatankuasa pemilihan fasilitator.

=> Borang Permohonan boleh didapati di

Pejabat HEP Shah Alam dan Pejabat HEP 2 Bestari Jaya

Makluman tarikh tutup permohonan :

6 Julai 2009 (Kampus S.A)

30 Jun 2009 (Kampus B.J)

Sebelum jam 5.00 petang

‘PEMIMPIN CEMERLANG, PENERAJU MAHASISWA GEMILANG’

Labels: ,

Pengumuman : Susulan Isu Yuran

PERKARA : Penangguhan Bayaran Yuran Semester Pendek (3/08/09) bagi Mahasiswa/i yang merupakan peminjam PTPTN.

18 Jun 2009 – Pihak MPP Bestari Jaya telah berbincang bersama TNC HEP mengenai perkara di atas. Kelulusan telah diterima di mana para pelajar tajaan PTPTN boleh membuat penangguhan yuran pengajian semester pendek ini sahaja. Namun begitu, beberapa syarat telah ditetapkan iaitu;

i) Para pelajar mestilah tidak mempunyai sebarang tunggakan yuran sehingga semester lepas. Hal ini bermakna, para pelajar hanya boleh menangguhkan bayaran pengajian semester pendek ini sahaja tanpa menambah nilai dari baki yuran semester lepas.

ii) Pelajar perlulah mengemukakan surat rayuan mengenai penangguhan bayaran yuran pengajian semester pendek dan dihantar ke Pejabat Bendahari. Borang dan surat rayuan akan diproses dan akaun pelajar akan disemak.

Makluman kepada para pelajar yang mempunyai tunggakan yuran himpunan semester lepas atau hutang lapuk yang terlalu banyak, anda adalah dikecuali daripada perkara di atas. Hal ini bermakna anda perlu melangsaikan segala hutang lapuk tersebut.

P/S : Memo rasmi akan dikeluarkan pada 29 Jun, Isnin depan.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dirujuk di ;

Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar,
Pusat Pelajar,
Kampus Bestari Jaya UNiSEL.

mppunisel@gmail.com

Labels:

Thursday, June 25, 2009

MPP: Memorandum kepada MB

MEMORANDUM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

23 JUN 2009


TUJUAN
Tujuan memorandum ini adalah untuk mengemukakan beberapa permintaan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada mahasiswa/i Universiti Industri Selangor.


1. MEMOHON AGAR DINAIK TARAF JALAN KG RANTAU PANJANG

Jalan Kg Rantau Panjang merupakan jalan penghubung antara UNiSEL dan Jalan utama Rantau Panjang, ia merupakan jalan alternatif kepada seluruh warga UNiSEL untuk ke UNiSEL dari Rawang mahupun dari Pekan Bestari Jaya.

Sejak akhir-akhir ini, sedikit penaiktarafan telah dilakukan keatas jalan Kg Rantau Panjang ini memandangkan ia merupakan jalan penghubung utama UNiSEL dengan Bandar mahupun Pekan terdekat. Boleh dikatakan ia merupakan jalan utama dan paling banyak dilalui oleh kenderaan yang menuju ke UNiSEL.

Bagaimanapun, jalan ini agak berbahaya memandangkan ia terlalu sempit dan berliku-liku. Banyak kemalangan telah direkodkan berlaku disepanjang jalan Kg Rantau Panjang ini.
Oleh sebab itu, kami mengharapkan beberapa penambahbaikan dapat dilakukan untuk menjamin kesejahteraan bersama antaranya:

• Melakukan pemasangan lampu jalan disepanjang Jalan Kg Rantau Panjang.
• Membesarkan ataupun melebarkan Jalan Kg Rantau Panjang.

2. MENGGESA PERHATIAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG ISU SEGELINTIR PENDUDUK KG BESTARI JAYA MENGGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP MAHASISWA/I UNISEL DENGAN MENGENAKAN BAYARAN SEWA RUMAH YANG TINGGI DAN TIDAK BERPATUTAN.

Secara umumnya kemudahan asrama di Unisel tidak mampu untuk menampung kapasiti mahasiswa/i. Mahasiswa/i Unisel selebihnya menginap di sekitar Bestari Jaya dengan kadar sewa yang keterlaluan. Kami memohon agar kerajaan Negeri Selangor menimbang beberapa cadangan yang Majlis Perwakilan Pelajar usulkan.

• Mengadakan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dengan Pihak berkuasa tempatan bagi menggariskan satu prosedur yang mesra dan tidak membebankan mahasiswa.

• Menyewa unit-unit kediaman untuk dijadikan kawasan penginapan(Kediaman Luar) bagi mahasiswa/i Unisel


PENUTUP
Majlis Perwakilan Pelajar UNiSEL ingin mengemukakan permintaan ini untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor. Kami percaya bahawa permintaan ini jika diterima boleh menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh warga UNiSEL saban tahun. Kami turut menyanjung dan percaya kepada prinsip yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang mana merupakan Negeri Berkebajikan. Sepenuh sokongan terhadap Kerajaan dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat.


……………………………………………………
WAN AZRAEI BIN HJ WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Labels:

Laporan Ringkas Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun UNiSEL~

Majlis Pelancaran Sambutan 10 Tahun UNiSEL telah diadakan di Dewan Utama, UNiSEL Kampus Bestari Jaya pada 23 Jun 2009.


Majlis tersebut dijalankan dengan meriahnya. Majlis ini juga dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato' Abd Khalid bin Ibrahim. Ramai kenamaan-kenamaan yang hadir dan dewan dipenuhi dengan kebanyakan para staf UNiSEL dan para mahasiswa/i dari kedua-dua kampus. Antara atur cara majlis adalah perbarisan askar wataniah dan persembahan oleh beberapa persatuan dan kelab, persembahan nasyid, bacaan doa', nyanyian Negaraku dan Lagu Selangor iringan pasukan koir UNiSEL, persembahan pentomin oleh Persatuan Kebudayaan UNiSEL (PKKU), Ucapan oleh YBhg Dato' Rosti Saruwono (Naib Canselor UNiSEL) dan YAB Dato' Menteri Besar, seterusnya majlis perasmian oleh YAB Dato' MB. Selain perasmian untuk Majlis Sambutan 10 Tahun, YAB Dato' MB juga secara langsung telah merasmikan gubahan baru lagu UNiSEL yang kali pertama diperdengarkan didalam Dewan tersebut. Seterunya YAB Dato' MB diiring melihat pameran, dan sidang akhbar serta jamuan makan untuk semua hadirin. Majlis yang dimulakan jam 8.30 pagi, tamat dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari.



Labels: ,

Tuesday, June 23, 2009

Kempen Cegah Gejala Sosial UNiSEL

Exco Pembangunan Modal Insan dan Integrasi Kaum MPP (PMI MPP) dengan kerjasama Pusat Islam UNiSEL BJ dan Persatuan i-Rakan akan mengadakan Kempen Cegah Gejala Sosial di UNiSEL bagi mengatasi masalah-masalah gejala sosial semasa. Kempen ini disasarkan khas bagi semua mahasiswa/I UNiSEL biar berbilang kaum dan agama, semua dijemput menyertai kempen ini. Kerjasama dan sokongan dari pihak Mahasiswa/i adalah sangat dihargai oleh kami. Syukran~

-----
Majlis perasmian

Hari : SELASA
Tarikh : 30 JUN 2009
Masa : 9.00 MLM
Tempat : DEWAN BIRU, PKP UNISEL
-------
Sesi ceramah dan taklimat mengenai kempen
---
Hari : RABU
Tarikh : 1 JULAI 2009
Masa : 7.30 MLM
Tempat : PUSAT ISLAM, UNISEL BJ
--------
Sesi forum cegah gejala sosial

Hari : KHAMIS
Tarikh : 2 JULAI 2009
Masa : 7.30 MLM
Tempat : PUSAT ISLAM, UNISEL BJ

Aktiviti-aktiviti riadah dan LDK : 1 Julai hingga 6 Julai 2009

Majlis penutupan

Hari : ISNIN
Tarikh : 6 JULAI 2009
Masa : 9.00 MLM
Tempat : DEWAN BIRU, PKP UNISEL

Labels:

Pembentukan Jawatankuasa RKS UNiSEL BJ

Perhatian kepada semua penghuni Residen Komuniti Siswa (RKS) Kampus Bestari Jaya, UNiSEL. Pihak Exco Kebajikan, Penginapan & Aduan MPP (KPA MPP) dengan kerjasama Jana Niaga Sdn. Bhd. akan membentuk sebuah organisasi bagi para mahasiswa/i yang menginap di dalam kampus.
-----------
Pembentukan jawatan kuasa Residen Komuniti Siswa (JK RKS) adalah bertujuan untuk menghidupkan suasana universiti yang sihat. Penubuhan JK RKS dapat mengisi masa lapang mahasiswa/i yang menghuni residen pada hujung minggu dan waktu senggang dengan forum, aktiviti sukan dan program-program yang dirancang secara berterusan. Selain itu, komuniti ini juga sebagai medium kepada mahasiswa/i untuk menjalin ikatan yang lebih mesra dan sihat tanpa mengira umur, bangsa, agama dan latar belakang. JK RKS juga bertujuan untuk mewujudkan satu mekasnisme sebagai platform bagi membendung mahasiswa/i agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti dadah, lumba haram, melepak dan gejala sosial lain yang melampaui pada masa kini.
----------
Oleh itu temuduga jawatan kuasa residen akan dijalankan dengan butiran berikut ;

Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Tarikh : 23,24 dan 25 Jun 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : BK 20 FSP (Pengajian Bahasa dll)

-------
Semua pelajar yang menginap di RKS UNiSEL BJ, dan berminat adalah dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Sekian, terima kasih.
----------
Sila bawa bersama 1 keping gambar berukuran pasport dan hadir dengan berpakaian semi-formal.

Labels:

Monday, June 22, 2009

Jom ikuti Seminar Keusahawanan!~

Sebuah lagi program anjuran Exco Keusahawanan, Ekonomi & Kerjaya (KEK MPP) dan Kelab Permata, PKNS, akan mengadakan seminar keusahawanan di UNiSEL. Berikut adalah maklumat berkaitan program;
---
Seminar 'Cara-cara Menjana Pendapatan Sendiri' (Keusahawanan)
Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Senat, Canselori, UNiSEL BJ.
Waktu : 8.30am - 5.30pm.
-------------
* Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Jadi daftar segera!
* Program ditaja sepenuhnya oleh pihak PKNS, makan minum 3 kali, bahan seminar dsb. Tanpa yuran pendaftaran. Semuanya ditaja, percuma.
* Sijil diberikan oleh Pihak PKNS dan diiktiraf.
----
Sebarang pertanyaan dan ingin mendaftarkan nama untuk mengikuti program, sila hubungi Exco KEK MPP BJ di talian tertera;
---
Mohd Ayub : 013-6323667
Haaridh : 013-3003610

Labels:

Program Sekitar UNiSEL :: 20-21 Jun 2009


Bengkel ICT yang dijalankan pada 20 - 21 Jun 2009 diikuti oleh lebih kurang 28 para mahasiswa/i dan beberapa staf UNiSEL, termasuk 4 orang wakil MPP . Program yang diuruskan oleh Kelab Permata, PKNS tersebut diadakan di Makmal Komputer GL209 Fakulti Industri Teknologi Maklumat, UNiSEL BJ pada jam 8.30 pagi - 5 petang. Semua peserta dilatih bagaimana menghasilkan Mini Site yang mampu menjana pendapatan melalui Internet, E-Commerce. Berikut adalah gambar perjalanan bengkel.


Di IPIS, masih tidak lengang dikunjungi tetamu pada hari berikutnya selepas tamat Pesta Sukan PASTI. 2 hari sebelum yang dipenuhi dengan kanak-kanak tadika PASTI, kini IPIS menerima kunjungan pelajar-pelajar Tingkatan 4, SMK Seri Andalas, Klang. Kedatangan mereka adalah untuk mengikuti program English Camp 2009 anjuran para mahasiswa/i semester 6 & 7, jurusan ISM Pendidikan TESL. Program tersebut telah disambut baik oleh pihak sekolah. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan wajib sepanjang perjalanan program. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Ice-Breaking, ExploRace sekitar IPIS, Seri Andalas Idol dan sebagainya. Dimaklumkan bahawa camp ini mempunyai siri seterusnya. Tahniah mahasiswa/i UNiSEL.

Makluman juga mengenai perjalanan-perjalanan program anjuran Kelab/Persatuan yang telah diadakan di luar kawasan UNiSEL. Antara yang telah mengadakan aktiviti adalah Kelab Sekretariat Rakan Muda, UCCA, i-Rakan, dan lain-lain. Begitu juga dengan para mahasiswa/i yang terlibat sempena majlis pelancaran sambutan 10 tahun UNiSEL yang kerap mengadakan latihan di Dewan Utama.

Tahniah kepada wakil pasukan FK yang beraksi di Perodua Eco-Challenge dan memenangi tempat ke-3, wakil-wakil UNiSEL yang turut beraksi di Liga Sukan di Shah Alam, dan semua mahasiswa/i yang mengikuti program anjuran Kelab, Persatuan, Exco MPP, Fakulti, program subjek dan sebagainya. Anda telah menggunakan cuti sabtu ahad dengan sebaiknya. :)

Labels:

Saturday, June 20, 2009

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009 di UNiSEL


Pada 19 Jun - 20 Jun 2009, Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009 telah diadakan di UNiSEL. Penganjuran pesta ini telah memilih Institut Pengajian Industri Sukan (IPIS), UNiSEL kampus Bestari Jaya sebagai kawasan utama pesta diadakan. Pesta selama 2 hari ini diikuti oleh beberapa buah tadika PASTI dari seluruh Malaysia. Penginapan mereka turut disediakan oleh pihak Jana Niaga Sdn. Bhd. Pesta tersebut secara rasminya telah tamat pada sekitar jam 12.30pm pada hari terakhir.

Labels:

Thursday, June 18, 2009

Sambutan 10 Tahun UNISEL~

Tarikh : 23 Jun 2009

Masa : Bermula 8.00 pagi

Tempat : Dewan Utama Kampus BJ, UNiSEL

~ Semua warga UNiSEL dijemput hadir!! ~

Antara gambar2 Sesi Latihan (Rehearsal) sempena Program tersebut
pada 18 dan 19hb Jun 2009.

Labels: ,

Program-program di UNiSEL BJ

15 - 25 Jun 2009
Jualan CD MTS
(Koleksi gambar dan video sepanjang MTS May 09')'
Exco Penerangan & Penerbitan MPP BJ
18 Jun 2009
Pembukaan 'booth' Aduan pelajar
Pusat Komuniti Pelajar
Exco Kebajikan, Penginapan & Aduan
20 Jun 2009
Perodua Eco-Challenge di Speedway Subang
Program Fakulti Kejuruteraan
(wakil MPP iring)
20 Jun 2009
Liga Sukan UMNO di Shah Alam
Exco Program Khas, Sukan, & Kebudayaan MPP
20 - 21 Jun 2009
Bengkel ICT (E-Commerce)
"Menjana Pendapatan Melalui Internet"
Program dijalankan kelolaan Kelab Permata, PKNS
Di Makmal Komputer, FITM
~ 30 peserta sahaja ~
Exco Keusahawanan, Kerjaya & Ekonomi MPP BJ
23 Jun 2009
Sambutan 10 Tahun UNISEL
Dewan Utama, Kampus Bestari Jaya
Universiti Industri Selangor
~ Semua warga UNiSEL dijemput hadir ~

Labels:

Isu Penangguhan Yuran Semester Pendek

Pada 18 Jun 2009, beberapa wakil dari MPP telah bermesyuarat bersama TNC mengenai isu pembayaran yuran semester pendek yang heboh diperkatakan kerana semua pelajar harus melangsaikan hutang sedangkan pinjaman PTPTN tidak diterima semasa semester pendek, walaupun mereka tidak mempunyai hutang lapuk sehingga semester lepas. Tiada rayuan boleh dibuat bagi situasi para pelajar ini. Oleh hal yang demikian, pihak MPP telah mengusulkan isu ini dan duduk berbincang bersama TNC. Keputusan akan disusul. ~

Labels:

Delegasi Mahasiswa/i Indonesia ke UNiSEL


Seramai 37 orang mahasiswa/i delegasi Indonesia termasuk 4 orang pensyarah, telah menyertai program sit-in di UNiSEL Kampus Bestari Jaya. Kumpulan mereka terdiri dari 2 institusi iaitu LP3i dan STIAMI dari seluruh pelusuk Indonesia. Program ini diselenggara oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri. Beberapa pelajar jurusan Psikologi Industri, Sains Perpustakaan dan wakil MPP telah sama-sama membantu menguruskan para mahasiswa/i Indonesia tersebut. Selama 2 minggu program ini dijalankan bermula tarikh 31 Mei 2009 hingga 14 Jun 2009. Segala memori terpalit sentiasa menjadi kenangan~

Labels:

Wednesday, June 10, 2009

[BJ] Cultural Night of Delegation Msia-Indonesia Students Program

All students were invited to the Cultural Night. Information as below;

Date : 10th JUNE 2009
Venue : Blue Hall, Student Community Center (PKP)
UNiSEL Bestari Jaya Campus
Time : Start on 8.30pm

Around this 2 weeks start on last week, there is about 37 Indonesian students with their lecturers from LP3i and STIAMI, Indonesia being here in UNiSEL for sit-in program managed by Faculty of Science Social and Industrial Studies. For the cultural night, they will performs their culture and some of UNiSEL students will performs by PKKU, ICLS, PSSGM etc. TNC HEP, Registrar may come. Let's have the entertainment together tonite! Ask your members to come and see you around~

Labels:

Attention to all BJ students!!~

Around these 2-3 weeks, some of Clubs and Associations was opening their booth at Pusat Komuniti Pelajar (PKP), Rotunda FOB/FIIT, etc. Its open for interpretation of new members, inform about current and planned activities etc. All students especially new students can register themselves with which clubs or associations they want to join, as many as they want.. as long as they can give commitment and being active. For those who want to stay in Jana Niaga resident, there was merits system regarding of joining these co-curriculum activities. Some of the booths open by GPMS, UCCA, i-Rakan, PEMATEK, Karate-Do, PRS, etc. Kindly update from the memo sticked around UNiSEL campus. Thanks~

Labels:

About MTS & FMTS intake May UNiSEL (Shah Alam Campus)

There were bulletins regarding the title above. All students can view it with titled posts;
Informed, thank you.

Labels:

Sunday, June 7, 2009

Welcome to all students in Semester 3/08/09!~


New semester of 3/08/09 which is the short semester has begun. Only 2 months, but set your mind and study smart. Even the schedule not really pack or may very pack, aim for the best result, keep up good pointer etc.

We were very sorry for the situation happened on the Senior Registration day (30th May 2009) at UNiSEL Bestari Jaya Campus. The situation didn't expected even TNC and HEP Registrar etc was being there on the whole registration process. Majority of the students was came to registers themselves and it take long time of registration process. The situation was very different on 29th May and 31st May, there is not many senior students were registering themselves, the process run smoothly. The first source that we know this happen is because there is no information that 29th May, senior students can register and then, no separation of registration based on faculties. In conclusion, this matters was being discuss. We hopes for the better result then.

By the way, new semester, new mood, new spirit..
Study smart! Aiming for the better result~ All da best to all students.. :)

Labels:

BJ : Minggu Tekad Siswa Intake May 3/08/09

23th May – 28th May

There were about 800 students in Bestari Jaya campus and about 200 students in Shah Alam campus. So far new students were very cooperative. Below were happy faces with the MTS program.



Briefings for students such OATH Management, Jana Niaga, Finance, HEP, Pusat Islam, Library, Faculty etc. Activities organized for students such as LDK (xtvt in group), Treasure Hunt, Qiammullail, Malam Tekad Siswa etc.


It was happy ending of the MTS. Hopefully the friends relationship between facilitators, new students and senior students will always composed. For all new students, welcome again to University.. this is not like school anymore! Study smart n friendship forever. :)


[BJ] p/s : All new students and facilitators can get the copy of new design montage, videos and images of MTS 3/08/09 with reasonable price because we burn it into CD. Memo will stick out regarding this matter in residence block area, and on this blog, may be publish before 12th June 2009. And this matter will be handle by SRC’s Exco of Information & Publishing and Exco of Economy, Career & Entrepreneurship. Thank you.

Labels:

Tuesday, June 2, 2009

FMTS intake 3/08/09 Diaries

15th May 2009

All facilitators (FMTS) registered themselves. Total about 70 facilitators of BJ campus and about 40 facilitators of SA campus. There is no MTS without FMTS so that SRCs were very grateful for them with the efforts and cooperation given. You all were the best!~


16th - 17th May 2009

FMTS Induction Camp at Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. There, all FMTS from Bestari Jaya and Shah Alam campus were meets up. Everybody were keep knowing each other.

All activities there were organized by S.P.I.E.S program and some xtvt handle by the resort’s. SPIES mean Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional and Social. The program was really good for all participants.

The program set all of the participants to be ready to be facilitator and know how to facilitate new students. Activities such as Rafting, Treasure Hunt, etc was cultivate spirit of cooperation within each other.

18th – 22nd May 2009 (BJ Diaries)

Preparation for MTS at campus respectively. All facilitators were set into bureaus; Welfare, Registration, Special Task, Food & Beverage, Discipline & Safety, Activity, Spiritual (Muslim), Spiritual (Non-Muslim), Residence, Technical, and Protocol.

Master Plan presentation were made by each bureau. 1st, 2nd and Final presentation. Each bureau did proven what they have done, plan and backup.

There is photography session handled by Special Task bureau to set the MTS briefing slide, tag name of facilitators etc.

Simulation on the last preparation day (22nd May). All problem were discussed to be more prepare on the presenting day.

~~~~~~~~ That’s all for FMTS to get ready and the MTS began… ~~~~~~~~~

Post of MTS from YDP MPP (Click to read)

Labels:

'Minggu Tekad Siswa' intake May (3/08/09)



Welcome to all new students for intake May 3/08/09. Thanks to all individuals that contribute to Minggu Tekad Siswa in both campuses. 2 weeks of planning and running this program gathered lots of memorable sketch in minds. All memories will be always memorized. Attention to all, here in this SRC Web blog, will be posts of FMTS induction program, MTS pictures etc that relates to MTS program, wait for it!!~ :)



Labels: ,

Final Exam Result released~

All students can view their result of semester 2/08/09 exam at Student Portal. Good Luck!~


Labels: